KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden, yang turut memuji kehebatan demokrasi Malaysia yang dipamerkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas.
Anwar berkata Presiden Amerika Syarikat itu turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis cuaca, dan sekuriti tenaga.
"Saya berharap untuk dapat bekerjasama dengan beliau (Biden) bagi manfaat bersama seluruh rakyat," katanya dalam catatan di Facebook hari ini, dan beliau yang turut memuat naik ucapan tahniah daripada Biden itu.
Biden dalam nota bertarikh 24 Jan berkata demokrasi di seluruh dunia ketika ini berhadapan dengan cabaran baharu yang belum pernah ditempuhi sebelum ini, dan pilihan raya di Malaysia menunjukkan bahawa demokrasi boleh membawa kejayaan.
"Berjuta-juta rakyat Malaysia telah bangkit bersuara - mengundi dalam pilihan raya umum, ramai juga yang mengundi buat pertama kali.
"Penglibatan sivik adalah asas kepada masyarakat bebas serta terbuka, dan rakyat Malaysia memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia dengan komitmen mereka untuk melaksanakan kebebasan asas yang dinikmati," katanya.
Biden turut menegaskan bahawa hubungan antara kedua-dua negara dibina di atas asas kukuh ekonomi yang sentiasa berkembang, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat, yang turut membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan serta kemakmuran di Indo-Pasifik.
"Pada tahun-tahun akan datang, saya berharap untuk memperkukuhkan lagi perkongsian kami - termasuk bekerjasama untuk membina pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan rantaian bekalan yang berdaya tahan melalui Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.
"Bersama, kita boleh majukan wilayah yang bebas, terbuka, selamat dan makmur - yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," tambahnya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden, yang turut memuji kehebatan demokrasi Malaysia yang dipamerkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas. - Gambar fail
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Notepad pada Windows 11 bakal terima ciri bantuan menulis dengan AI
Rewrite pada Notepad terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Perancis, UK, Kanada, Itali, dan Jerman yang menggunakan Windows 11 Insider.
CDC, IIM jalin kerjasama tingkatkan piawaian, tadbir urus e-Perolehan
CDC komited untuk memupuk integriti, tadbir urus dan piawaian etika dalam kalangan tenaga kerjanya serta seluruh komuniti e-Perolehan.
“Saya mintak Ahli Parlimen semua jadi contoh yang baik” - Fahmi
Menteri Komunikasi menegaskan untuk tidak berkongsi dan mempercayai maklumat yang diterima tanpa mengesahkan dan tabayyun dahulu. “Saya mintak Ahli Parlimen semua jadi contoh yang terbaik” katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rangkaian 5G: MCMC melaksanakan proses pemilihan terperinci
Menteri Komunikasi menegaskan yang diumumkan oleh MCMC adalah tidak memberi lesen tetapi peruntukan spectrum dan tidak melibatkan dana awam atau dana kerajaan.MCMC juga melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih pengendali rangkaian mudah alih bagi melaksanakan rangkaian 5G.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rangkaian 5G U Mobile : Pegangan asing dikurangkan kepada 20 peratus
Menteri Komunikasi memberitahu Menteri dan Timbalan Menteri tidak terlibat dalam proses pemilihan. “Pihak U Mobile juga telah memaklumkan pegangan asing akan dikurangkan kepada 20 peratus” - katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
U Mobile dipilih melalui proses tender, bukan ‘direct award’ - Fahmi
Katanya, keputusan memilih U Mobile juga tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.
PM Anwar hargai Presiden Putin atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
PM akan adakan pertemuan sekali lagi dengan Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.
Agenda reformasi tatakelola, antirasuah tekad kerajaan rencana hala tuju negara - PM
Agenda reformasi tatakelola pentadbiran selain hal berkaitan integriti dan antirasuah terus menjadi tekad serta keutamaan Kerajaan MADANI dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.
Rakyat jelata: Penerima manfaat sebenar Belanjawan 2025
Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sama sekali tidak menampakkan sebarang projek besar serta yang berprofil tinggi.
Belanjawan 2025: Bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas itu diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
PM hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin baru-baru ini.
KSN akan pengerusikan mesyuarat, pastikan persiapan Kepengerusian ASEAN 2025 di tahap tertinggi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 hari ini.