KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam mendahului senarai 1,407 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sempena ulang tahun ke-69 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.
Joachim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang dan Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, adalah antara enam penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah dan membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Turut menerima penganugerahan darjah kebesaran itu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya dan bekas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim.
Penerima lain ialah bekas Menteri Kewangan negeri Datuk Mohammad Noor Mohammad Mansoor dan ahli perniagaan Datuk Seri Lim Haw Kuang.
Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa pula adalah antara 81 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dan membawa gelaran Datuk.
Ahli Dewan Negara Senator Noraini Idris, isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag, Pembantu Menteri Kewangan negeri Jasnih Daya, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Flovia Ng antara penerima PGDK.
Turut menerima anugerah itu Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Mohd Hamsan Awang Supain, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri Andi Muhammaf Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Harun Durabi.
ADUN yang menerima PGDK terdiri daripada Ruslan Muharam (Lumadan), Hasan A Gani Pg Amir (Sebatik), Hamild@Hamid Awang (Balung), Fairuz Renddan (Pintasan), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan ADUN dilantik Jafari Waliam.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Hamzah Ahmad; Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Abdul Rahman A. Wahab dan Ketua Staf Bahagian Operasi Darat ESSCom SAC M.Chandrasehkaran, antara penerima anugerah itu.
Turut menerima anugerah sama Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof; Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Tah Nia Jaman; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof Madya Dr Ramzah Dambul dan bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Yap Yin Hin.
Sementara itu, 131 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); 246 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK); 319 akan dianugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK); 393 menerima Bintang Kinabalu (BK); sembilan menerima Jaksa Pendamai (JP) dan 222 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).
Juhar dijadual menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri yang akan berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini, pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
![Joachim Gunsalam dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah Joachim Gunsalam dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628095424_DatukDrJoachimGun.jpg)
Joachim adalah antara enam penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah. - Foto Twitter/@JapenSabah
![Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720010562_AmirudinShari.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000
Jumlah keseluruhan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang bermula 26 Jun 2024 sehingga 2 Julai ditutup dengan sumbangan berjumlah RM76,490.06.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720012916_TBHadis.jpg)
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
![2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha 2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720005001_JPJSabah.jpg)
2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha
Kesalahan tiada CDL sebanyak 2,579 yang berjaya dikesan adalah kesalahan tertinggi direkodkan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang dilaksanakan JPJ Negeri Sabah antara 10 hingga 30 Jun lepas.
![Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif.
AWANI 7:45 [03/07/2024] - Penjelasan penjualan MAHB | Mahkamah tolak permohonan Najib | Aliff Aziz, Ruhainies didakwa | Debaran EURO 2024 semakin hampir
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu bakar;
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
AWANI Ringkas: Lelaki didakwa bunuh ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720004945_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
![Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718894178_JoachimGunsalam.jpg)
Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim
Dengan menangani aspek berkenaan, Sabah mampu membina masa depan yang berdaya tahan, saksama dan sejahtera untuk masyarakatnya.
![Kontraktor lengahkan pembinaan rumah SMJ disenarai hitam - Joachim Kontraktor lengahkan pembinaan rumah SMJ disenarai hitam - Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713017627_TBJOACHIM.jpg)
Kontraktor lengahkan pembinaan rumah SMJ disenarai hitam - Joachim
Kerajaan Sabah akan menyenarai-hitam mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
![285 koloni setinggan dikenal pasti di Sabah 285 koloni setinggan dikenal pasti di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709977810_tbpenempatanharam.jpg)
285 koloni setinggan dikenal pasti di Sabah
Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan Sabah telah mengenal pasti sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh negeri.
![Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059930_Joachim.jpg)
Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal
Rekod urusan dalam Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keputusan perbicaraan di mahkamah itu perlu dibukukan untuk dijadikan sebagai Jurnal Undang-Undang Anak Negeri.
![Kejujuran, integriti harus jadi asas semua urusan perniagaan - Joachim Kejujuran, integriti harus jadi asas semua urusan perniagaan - Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701615402_TBJoachim.jpg)
Kejujuran, integriti harus jadi asas semua urusan perniagaan - Joachim
Kejujuran dan integriti harus menjadi asas kepada semua urusan perniagaan sekali gus menyaksikan sesebuah negara termasuk Malaysia tidak akan berdepan isu rasuah dan salah laku.
![PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059930_Joachim.jpg)
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
![Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604733585_DatukDrJoachimGun.jpg)
Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim
Daerah Tuaran kini memasuki kategori zon merah COVID-19 akibat peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.
![Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059930_Joachim.jpg)
Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan
Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke Sabah.
![Politik Sabah: Joachim tempelak Shafie tentang Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Politik Sabah: Joachim tempelak Shafie tentang Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628095424_DatukDrJoachimGun.jpg)
Politik Sabah: Joachim tempelak Shafie tentang Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri
Menurutnya, jelas sekali Mohd Shafie mendapat fakta salah dan tidak memahami bagaimana perjalanan Perlembagaan Negeri Sabah.
![Joachim Gunsalam dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah Joachim Gunsalam dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628095424_DatukDrJoachimGun.jpg)
Joachim Gunsalam dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah
Joachim adalah antara enam penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah.