ALOR GAJAH: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan tapisan kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak projek 'sakit', kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau berkata, ketika ini terdapat 166 projek yang berkaitan dengan pembinaan fasiliti kesihatan, namun 24 daripadanya mengalami kelewatan berikutan majoriti kontraktor tiada pengalaman dalam pembinaan kemudahan berkenaan.
"Daripada 24 kontraktor yang melaksanakan projek 'sakit' itu, 22 daripadanya dikesan tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan sedemikian, justeru langkah diambil JKR adalah membuat tapisan kontraktor selepas ini.
"Kontraktor yang akan terlibat dalam pembinaan fasiliti kesihatan mesti mempunyai pengalaman dalam pembinaan kemudahan itu selepas ini," katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan selama lima hari bermula hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) di Simpang Ampat, di sini.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, justeru pihaknya melaksanakan kursus kompetensi berkenaan agar kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan mendapat pengetahuan sewajarnya sebelum terlibat dalam pembidaan tender projek berkaitan.
Beliau berkata, kursus berkenaan akan mengenal pasti kontraktor yang benar-benar layak untuk mengendalikan projek pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak kerugian kepada kerajaan, pelanggan dan kontraktor itu sendiri.
"Bukan kita nak asing-asingkan kontraktor-kontraktor berkenaan tetapi pengalaman kita, kita alami masalah sedemikin rupa (kelewatan projek).
"Kursus ini dibuat supaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab bila ditawar projek, mereka boleh membuatnya dengan lancar dan tidak didenda," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
![JKR akan tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan elak projek 'sakit' JKR akan tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan elak projek 'sakit'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676367495_TimbalanMenteriPem.jpg)
Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan tapisan kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak projek 'sakit', kata Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. - Gambar fail BERNAMA
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713799405_TBJAMBATAN.jpg)
Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan
Ia akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey.
![Kenderaan lebih muatan punca kerosakan jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat - JKR Kenderaan lebih muatan punca kerosakan jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713139095_JAMBATANBAILEY.jpg)
Kenderaan lebih muatan punca kerosakan jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat - JKR
JKR memaklumkan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp ke jalan tuju telah rosak.
![Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712645038_AlexanderNantaLing.jpg)
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
![757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas 757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709031573_TBAlexanderNanta.jpg)
757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas
Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.
![[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak [KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708242110_KUCHING.jpg)
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
![KKR kemuka cadangan naik taraf Jalan Johor Bahru-Endau dalam Rolling Plan Kelima KKR kemuka cadangan naik taraf Jalan Johor Bahru-Endau dalam Rolling Plan Kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705835728_TBJKRSUNGAI.jpg)
KKR kemuka cadangan naik taraf Jalan Johor Bahru-Endau dalam Rolling Plan Kelima
Projek berkenaan yang melibatkan kerja-kerja naik taraf dan membaiki jajaran jalan di Seksyen 106 hingga Seksyen 118, dianggar melibatkan kos lebih RM100 juta.
![Laluan C156 Seksyen 0.70 Jalan Boh Habu ditutup sementara Laluan C156 Seksyen 0.70 Jalan Boh Habu ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705810509_tanahruntuh.jpg)
Laluan C156 Seksyen 0.70 Jalan Boh Habu ditutup sementara
Penutupan dijadualkan hingga 2 Feb ini, namun tertakluk pada kerja pembaikan yang akan dilaksanakan.
![Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705565297_TBAHMADMASLANjp.jpg)
Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan
Sebuah jambatan kekal di Kilometer 73, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey.
![Politeknik Bagan Datuk beroperasi awal Januari 2024 Politeknik Bagan Datuk beroperasi awal Januari 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702638841_BangunanPoliteknik.jpg)
Politeknik Bagan Datuk beroperasi awal Januari 2024
Politeknik Bagan Datuk yang dibina dengan kos sebanyak RM175 juta bakal beroperasi awal Januari tahun depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Badioezaman Ab Khalik.
![Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701272263_KangarSentral.jpg)
Kemajuan projek Kangar Sentral capai 90 peratus
Kemajuan projek pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis atau Kangar Sentral, kini mencapai 90 peratus dan dijangkakan siap dalam tempoh sebulan lebih lagi.