SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan membuat pensampelan makanan terutama ke atas makanan berisiko tinggi menyebabkan keracunan di bazar Ramadan seluruh negeri ini bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli.
Pengarahnya Datuk Dr Shaari Ngadiman berkata makanan yang berasaskan santan, daging dan telur akan diuji bertujuan mengelakkan berlakunya kejadian keracunan makanan yang boleh membawa kepada kesan buruk kepada kesihatan.
"Para peniaga juga disarankan untuk memastikan bekalan makanan adalah selamat, menjaga kebersihan diri dan kawasan jualan serta memastikan tiada risiko pencemaran silang selain memastikan makanan yang dijual adalah makanan yang disediakan setiap hari bukan memanaskan baki makanan yang tidak habis dijual," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata bagi memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk dimakan, aktiviti pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis-premis makanan akan dipergiatkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara berkala.
Beliau turut menyeru peniaga bazar Ramadan agar memastikan setiap pengendali makanan yang terlibat sudah menghadiri latihan pengendali makanan dan menerima suntikan antitifoid.
Selain itu, Dr Shaari menasihati pembeli di bazar Ramadan agar menggunakan kuasa pembeli untuk membeli makanan dari penjual makanan yang bersih dan sentiasa mengamalkan konsep 'Perhati dan Pilih'.
"Konsep ini menggalakkan pembeli untuk memerhati dan memilih penjual yang mengendali serta menjual makanan dalam keadaan yang bersih dan selamat sebelum membeli. Seterusnya, amalan lihat, hidu dan rasa sebelum makan perlu dijadikan praktis harian sebelum menikmati makanan," tambahnya.
Panduan berkaitan keselamatan makanan boleh diambil dari laman web http://fsq.moh.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, www.facebook.com/bkkmhq.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau JKN yang terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Dr Shaari menasihati pembeli di bazar Ramadan agar menggunakan kuasa pembeli untuk membeli makanan dari penjual makanan yang bersih dan sentiasa mengamalkan konsep 'Perhati dan Pilih'. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

JKNS uji sampel makanan di bazar Ramadan, elak keracunan makanan
Makanan yang berasaskan santan, daging dan telur akan diuji bertujuan mengelakkan berlakunya kejadian keracunan.