Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memandang serius dakwaan seorang doktor bertugas yang mencabul pesakit ketika menerima rawatan di salah satu fasiliti kesihatan di Kuching Khamis lalu.
Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Ooi Choo Huck menegaskan pihaknya juga tidak akan berkompromi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"JKNS amat memandang serius ke atas dakwaan yang menyentuh mengenai kod etika profesional seorang Pengamal Perubatan dan juga sebagai penjawat awam.
“Adalah dimaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Dr Ooi menegaskan JKNS sentiasa menitik berat keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti kesihatan di Sarawak, dan berharap agar kejadian ini tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan rawatan dalam kalangan orang ramai.
Terdahulu Polis Kuching menahan seorang doktor perubatan berusia 28 tahun bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencabul pesakit wanita di sebuah institusi perubatan awam.
Fadilah Sulaiman
Sat Dec 31 2022
![JKNS tidak kompromi doktor perubatan didakwa cabul pesakit wanita JKNS tidak kompromi doktor perubatan didakwa cabul pesakit wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672465203_TBOoiChooHuck.jpg)
Dr Ooi Choo Huck menegaskan pihaknya juga tidak akan berkompromi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
![Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/41553777991_childkanakkanak.jpg)
Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan
Doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.
![Doktor pelatih didakwa lakukan seks, cabul pesakit di hospital Doktor pelatih didakwa lakukan seks, cabul pesakit di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623755575_courtgavelmahkam.jpg)
Doktor pelatih didakwa lakukan seks, cabul pesakit di hospital
Seorang doktor pelatih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan seks ke atas seorang pesakit wanita di wad sebuah hospital di sini, tahun lepas.