KUALA LUMPUR: Seorang doktor pelatih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan seks ke atas seorang pesakit wanita di wad sebuah hospital di sini, tahun lepas.
Yeah Wei Yee, 29, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang pesakit wanita berusia 25 tahun di wad hospital itu pada 4.30 pagi, 5 Sept 2020 mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul pesakit itu di tempat dan masa serupa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul 'Ain Shafie dan Khairunnisak Hassni menawarkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan melakukan seks dan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin untuk pertuduhan mencabul.
Peguam Yuvaraj Sugapathy, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah berikutan anak guamnya merupakan seorang penjawat awam dan masih berada dalam tempoh latihan di hospital.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin membenarkan lelaki itu diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin ditetapkan Majistret Nur Hafizah Rajuni, masing-masing dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 15 Julai untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021

Peguam mewakili tertuduh memohon jaminan rendah berikutan anak guamnya merupakan seorang penjawat awam dan masih berada dalam tempoh latihan di hospital. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Protes sedunia desak keadilan untuk pelatih perubatan India
Setakat ini, polis menahan seorang suspek dan bekas pengetua Kolej Perubatan RG Kar, tempat mangsa sedang menuntut.

Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.

Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.

Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.

Kuota tambahan 2,000 pelajar perubatan langkah penting - Presiden Korea Selatan
Presiden Korea Selatan berkata rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota bagi sekolah perubatan sebanyak 2,000 merupakan "langkah minimum yang diperlukan" bertujuan menangani kekurangan doktor.

Korea Selatan: Pesakit kecewa perkhidmatan kesihatan terjejas ekoran doktor pelatih enggan bekerja
Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua.

Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan
Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.

Lebih 14,000 lepasan ILKKM diserap dalam perkhidmatan - Dr Zaliha
Sebanyak 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun tahun ini.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Tiada SOP buka ruang budaya buli doktor pelatih
MSOSH menyifatkan isu berkenaan timbul kerana ketiadaan garis panduan rasmi dalam melatih doktor pelatih.