KUALA LUMPUR: Kes seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) ditemukan maut, dipercayai akibat jatuh dari bangunan pangsapuri kediamannya pada bulan lepas, menghangatkan kembali isu buli dalam sektor kesihatan awam selepas kematiannya dikatakan ada kaitan dengan isu itu.
Sekalipun punca sebenar kejadian belum dikenal pasti, pelbagai pihak berkaitan mendesak agar isu buli membabitkan petugas kesihatan khususnya doktor pelatih, sekiranya benar-benar berlaku secara berleluasa, diteliti dan ditangani memandangkan "kisah-kisah" sedemikian mencemarkan imej profesion tersebut yang dipandang mulia oleh masyarakat.
Mengulas isu itu, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menyifatkan isu berkenaan timbul kerana ketiadaan garis panduan rasmi dalam melatih doktor pelatih.
LATIH IKUT SUKA HATI
"Menyedihkan kerana hingga ke hari ini, institusi perubatan negara langsung tidak mempunyai sebarang garis panduan melatih doktor pelatih mahupun doktor kontrak, dan ini antara punca utama budaya buli dalam sektor itu terus berleluasa," kata Presiden MSOSH Dr Shawaludin Husin kepada Bernama.
Jelasnya, fasa housemanship (HO) selama dua tahun merupakan latihan seperti "mentorship", yang mana doktor pelatih digandingkan dengan doktor senior.
Namun katanya ketiadaan garis panduan rasmi menyebabkan kebanyakan doktor senior menggunakan pendekatan yang didedahkan kepada mereka semasa bergelar doktor pelatih, iaitu "apa yang aku lalui sebelum ini engkau pun kena rasa" untuk membimbing HO.
Hal itu menyebabkan ada doktor pelatih berasakan mereka berada dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung.
"Contohnya, macam dimaki, diherdik, dihina di hadapan pesakit serta rakan atau jururawat lain dengan alasan untuk kuatkan mental dan fizikal doktor. Adakah itu memang perlu diterima dan merupakan sebahagian daripada proses HO?
"Jika terus ditekan mental tanpa sebarang ilmu diajar, adakah itu perlu diterima bulat-bulat kerana, sekiranya begitu, bagaimana mahu meningkatkan kompetensi (dan) seterusnya melahirkan doktor berkualiti?" soalnya.
Menurut Dr Shawaludin, ketiadaan garis panduan juga menyebabkan pemberian markah bergantung pada budi bicara doktor yang melatih, sekali gus menimbulkan persoalan berkaitan kewajaran nilai markah yang diberi.
Isu buli dalam kalangan doktor pelatih dan kontrak ini pernah dikupas oleh Hartal Doktor Kontrak dua bulan lepas, yang melaporkan 60 peratus daripada 150 responden mengaku menghadapi tekanan akibat selalu dibuli oleh doktor senior.
Daripada jumlah itu, 20 peratus dilaporkan sangat tertekan sehingga perlu berjumpa dan mendapatkan kaunseling daripada pakar psikologi.
GARIS PANDUAN PERLU
Dr Shawaludin yang percaya ramai mangsa buli tidak berani tampil kerana takut diberikan markah rendah atau dipulaukan, berkata selain "dipaksa" bekerja dalam tempoh yang terlalu panjang, bebanan kerja yang banyak dan gangguan seksual, doktor pelatih juga berdepan diskriminasi gender serta sikap perkauman.
"Isu perkauman ini berlaku seperti ketika 'ward round' (lawatan ke wad) bersama doktor pakar. Ada antara doktor pakar mahupun pegawai perubatan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, sedangkan ada doktor pelatih tidak faham, dan keadaan ini memang berlaku," kongsinya yang menjalani HO di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2003.
Beliau juga mendedahkan tentang diskriminasi gender membabitkan bidang-bidang tertentu seperti ortopedik.
Menurutnya, doktor pakar lelaki tidak mahu doktor pelatih perempuan di bahagian ortopedik kerana menganggap disiplin itu berat dan tidak sesuai untuk perempuan.
Sehubungan itu, Dr Shawaludin berkata kewujudan garis panduan yang telus dalam latihan HO dan doktor kontrak adalah satu keperluan mendesak kerana pendekatan yang digunakan sekarang sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.
"Sudah tiba masanya institusi perubatan negara ada garis panduan melatih HO sekiranya ingin menjadi negara maju memandangkan di luar negara, budaya membuli HO di sana tidak seperti di Malaysia," katanya.
Ini kerana katanya kaedah pengajaran, pembelajaran mahupun teknologi yang digunakan di insititusi perubatan telah jauh berubah, justeru latihan juga perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut.
TIDAK SAMA
Pandangan serupa pernah diutarakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan persekitaran kerja sekarang amat berbeza dengan zaman dahulu, dan beliau mahu pendekatan yang masih diguna pakai sejak dahulu diubah dengan mewujudkan persekitaran hormat-menghormati dan saling menyokong.
"Persekitaran kerja mesti ada saling menghormati, sokongan dan pemerkasaan, bukan bersifat mendera dan memalukan," katanya menerusi hantaran di Twitter susulan polemik hangat isu buli di hospital-hospital KKM.
Mengulas lanjut, Dr Shawaludin berkata garis panduan itu juga perlu melihat kepada tempoh bekerja doktor pelatih dan doktor kontrak memandangkan ada yang disuruh bekerja selama 16 jam secara berterusan menyebabkan mereka keletihan dan terdedah kepada risiko kemalangan.
Media pernah melaporkan data KKM merekodkan 554 kes kemalangan membabitkan profesional perubatan dalam perjalanan ulang-alik ke tempat kerja bagi tempoh 2014 hingga 2016.
"Latihan kepada HO (kononnya) mesti kerja lama barulah boleh jadi kental, mahir. Akan tetapi zaman sudah berubah dan pelbagai cara menggunakan teknologi boleh dilakukan untuk mengajar HO. Lagipun kuantiti tidak menjamin kualiti.
"Menerusi teknologi pembelajaran, contoh masa mengajar sebelum ini 16 jam, boleh dipendekkan kepada lapan jam. Kalau dahulu pembelajaran pembedahan banyak menggunakan mayat manusia, kini teknologi membolehkan HO mendalami kemahiran itu menerusi simulasi," katanya.
Malah, kaedah pembelajaran HO di luar negara banyak berasaskan teknologi dan tidak memerlukan mereka bekerja dalam tempoh yang panjang bagi membolehkan seseorang doktor pelatih menjadi kental dan berkompetensi untuk melaksanakan tugas mereka.
Menurut Dr Shawaludin, tidak timbul isu doktor pelatih pada masa sekarang "manja" kerana tidak dapat menerima tekanan dan bebanan kerja.
Sebaliknya, institusi perubatan negara perlu menerima hakikat bahawa generasi semasa tidak sama dengan generasi sebelum mereka, selain perlu berdepan dengan cabaran yang lebih hebat.
"Jangan samakan (zaman) dahulu dengan sekarang, kerana ketika ini negara mempunyai begitu ramai HO, jadi mengapa perlu tekankan mereka bekerja lebih masa bagi mendapatkan sesuatu kepakaran atau kemahiran sedangkan bukan semua disiplin sibuk tetapi tetap disuruh kerja lebih masa kerana mewarisi pengalaman sebelum ini.
“Dahulu tidak banyak doktor tetapi kes pesakit dan penyakit tidak sebanyak sekarang. Malah pesakit dahulu juga tidak ‘demanding’ seperti pesakit sekarang yang mudah menyebarkan sesuatu di media sosial serta berani merungut, dan sekiranya lambat diberi rawatan, mulalah (cerita itu) tersebar luas,” katanya.
PETUGAS KHAS KERTAS PUTIH
Selain itu, beliau turut mengesyorkan agar doktor yang melatih diberikan latihan untuk mendidik kerana tanggungjawab yang dipikul adalah besar, iaitu melahirkan seorang doktor yang mampu berfungsi dengan baik dalam sistem kesihatan negara.
"Seorang doktor bukan pentadbir yang baik, doktor merupakan 'orang teknikal' dan bukan semua boleh mengajar secara semula jadi. Mungkin mereka tidak sedar pendekatan yang digunakan oleh mereka itu mendera mental HO," ujar beliau.
Sehubungan itu, Dr Shawaludin berharap penggubalan garis panduan tersebut diberi perhatian oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh KKM bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih HPP berkenaan dan dakwaan budaya buli di hospital KKM.
"Selain task force, kita difahamkan KKM juga dalam proses menyediakan kertas putih berhubung reformasi sistem kesihatan negara, dan kerana itu saya lihat ada keperluan pihak task force dan penyediaan kertas putih mengambil perhatian isu buli dan juga pelaksanaan garis panduan.
"Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 KKM juga yang sebelum ini lebih kepada melindungi doktor daripada kecederaan seperti tercucuk jarum dan terdedah kepada bahan kimia, perlu melihat kebajikan mereka, sekali gus mengelakkan budaya buli daripada terus berleluasa," katanya.
Ini katanya termasuk kesihatan dan keselamatan pekerjaan sektor kesihatan dengan memberi keutamaan kepada Pengenalan, Penilaian dan Kawalan Risiko atau Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRAC) kepada doktor baharu.
"Sekiranya cadangan ini diambil kira dalam kertas putih dan task force, saya yakin langkah ini mampu membuka jalan ke arah penyelesaian lebih jitu terhadap permasalahan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Dr Shawaludin berharap penggubalan garis panduan dalam melatih doktor pelatih diberi perhatian oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih HPP dan dakwaan budaya buli di hospital. - Gambar hiasan
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
11 maut dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala ramai cedera selepas dilanggar sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Satu mesyuarat di Istana Presiden pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.
Sabah bakal beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 JanUARI lepas berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya PADA SELASA.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.
PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.