KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini siap siaga untuk menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana banjir berikutan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan hujan lebat di beberapa negeri.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengarahkan agar lapan Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) JKM bersedia dengan memastikan barangan bantuan keperluan asas bencana dan keperluan tambahan sentiasa mencukupi.
"Beliau juga menekankan bahawa persediaan ini penting supaya tidak berlaku sebarang kelewatan dalam usaha membantu mangsa bencana yang berada dalam kesusahan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan Rina telah membuat tinjauan dan pemantauan kesiapsiagaan DSKB JKM bagi Zon Tengah di Sungai Buloh hari ini.
JKM juga diarah membuat perolehan segera bagi menggantikan semula bekalan keperluan asas dan keperluan tambahan bencana memandangkan sebahagian besar stok di DSKB Sungai Buloh telah digunakan semasa bencana baru-baru ini.
KPWKM memaklumkan terdapat lapan DSKB di negara ini iaitu di Kedah, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah selain 165 stor bencana negeri serta depoh mini dan 521 Stor Pangkalan Hadapan.
Menurut kenyataan itu, KPWKM menerusi JKM bersedia menambah sebanyak 500 PPS baharu di seluruh negara seiring keperluan pengurusan mangsa bencana yang lebih efektif serta sebagai tambahan kepada 5,809 PPS sedia ada yang mampu menempatkan 1.7 juta mangsa.
"Kementerian juga sedang mengenal pasti PPS bersesuaian untuk dijadikan Pangkalan Hadapan yang berfungsi sebagai stor dalam komuniti bagi menyimpan barangan asas untuk mempercepat proses agihan bantuan kepada mangsa bencana.
"Dalam hubungan ini, sebanyak 200 lagi Pangkalan Hadapan baharu ditubuhkan khususnya di negeri Selangor dan Johor," menurut kenyataan itu.
Sehingga hari ini, terdapat 95 PPS yang masih beroperasi di enam negeri di seluruh negara yang menempatkan sebanyak 3,830 keluarga dan 12,758 mangsa bencana banjir dan tanah runtuh.
KPWKM juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Sosial yang ditubuhkan di bawah Pasukan Petugas Khas Operasi dan Pasca Banjir bagi membantu mengembalikan semangat dan memberikan sokongan psikososial kepada mangsa yang terkesan akibat bencana itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
![JKM siap siaga hadapi kemungkinan gelombang kedua banjir JKM siap siaga hadapi kemungkinan gelombang kedua banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640705187_banjir.jpg)
JKM kini siap siaga untuk menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana banjir berikutan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan hujan lebat di beberapa negeri. - Gambar fail/BERNAMA
![Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723785155_TBTerhempas.jpg)
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
AWANI Ringkas: Pelarasan gaji 15-42 peratus untuk penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024
Ikuti Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
[TERKINI] Analisis prestasi ekonomi Malaysia ST2 2024
Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengulas berkenaan prestasi ekonomi Malaysia hasil data KDNK suku kedua tahun 2024.
![Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723783308_EdSheeran.jpg)
Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool
Sheeran telah menjadi tumpuan di Portman Road, setelah menaja kedua-dua baju pasukan lelaki dan wanita sejak tiga musim lalu.
![PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723780499_TengkuRazaleigh.jpg)
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
![Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723782682_AnwarIbrahim.jpg)
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.
![Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000 Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714884330_TBAzliMohdNoor.jpg)
Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000
Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai.
#AWANIRingkas 16 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Ogos 2024
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
![Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723782600_Duitjutakela.jpg)
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini.
![711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini 711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701763462_PasirMasbanjirk.jpg)
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
![JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614100867_old.jpg)
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
![Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610252455_ppspahang.jpg)
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
![Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600853617_TigaBeradik.jpg)
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
![268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan 268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594726653_banjirlipisawani.jpg)
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
![Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592722181_GuarChempedak.jpg)
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
![Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51546056842_SERIRINAHARUN.jpg)
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
![COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587615708_WomenHancuffsGeneric.jpg)
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
![Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61575181155_TBBanjirKelantan.jpg)
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat
Jumlah mangsa itu membabitkan 268 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.
![Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486897026_HazreeMikael.jpg)
Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang
Hazreel memerlukan bantuan RM4,000 sebulan untuk perbelanjaan membeli ubat-ubatan dan kain balutan.