Kata pujangga, kasih seorang ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah sehingga sanggup berkorban nyawa namun jika dihitung kasih Noor Halimatun Hashim kepada anak bongsunya, Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, beliau tidak pernah berputus asa dalam mencari bantuan sokongan kewangan dan perubatan buat Hazreel yang menderita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) sejak lahir.
Keperitan anak kecil ini pernah dipapar pada Jun tahun lalu dan sejak itu pelbagai pihak telah menghubungi Noor Halimatun untuk menghulurkan bantuan.
Biarpun bantuan yang diterima bukanlah berbentuk kekal, Noor Halimatun amat bersyukur dengan keprihatinan orang awam yang sudi membantu, namun jelasnya beliau amat memerlukan sokongan kewangan memandangkan perbelanjaan bagi membeli ubat-ubatan dan kain balutan untuk Hazreel mencecah lebih RM4,000 sebulan.
"Semua barangan ubat-ubatan dan kain balutan saya beli sendiri memandangkan tidak lagi disediakan oleh pihak hospital.
"Sebelum membalut luka, saya juga menampal sejenis ubat bernama bactigras, yang berharga RM50 sekotak dan hanya boleh digunakan dalam dua hari sahaja.
"Jadi kos untuk bactigras boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan. Belum lagi untuk barangan perubatan yang lain," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelasnya lagi, jumlah itu di luar kemampuan mereka apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang amat menekan ketika ini.
Pesakit EB seperti Hazreel ini akan mengalami lepuh sepanjang hidupnya dan memerlukan penjagaan yang rapi dengan mencuci luka dan menukar kain balutan yang digunakan untuk menutup luka-luka lepuh itu.
Hazreel perlu menukar kain balutan lukanya dua kali sehari bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Melalui gambar yang dikongsikan, Noor Halimatun memberitahu bahawa Hazreel kini sudah mampu berjalan dengan bantuan tongkat khas namun masih belum dapat dipastikan bila Hazreel dapat memulakan persekolahannya sedangkan rakan sebayanya sudah memasuki kelas pra-persekolahan, berikutan penyakit yang dihidapnya memerlukan penjagaan khas dan kulitnya yang melepuh mudah terkoyak dan berdarah.
Noor Halimatun menjelaskan bahawa beliau ada menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekitar RM600 sebulan namun jumlah itu tidak dapat menampung keperluan Hazreel.
Justeru itu beliau memohon jasa baik rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menyumbang peralatan dressing dan ubat-ubatan bagi meringankan beban kewangan keluarganya.
Noor Halimatun dan suaminya dikurniakan turut mempunyai dua orang lagi cahaya mata iaitu kakak dan abang kepada Hazreel yang sudah bersekolah.
Kepada anda yang ingin membantu, Noor Halimatun boleh dihubungi melalui talian 011-2753 2324 atau bantuan kewangan boleh terus disalurkan ke akaun Public Bank 4525 8114 09, Noor Halimatun Hashim.
Astro Awani
Sun Feb 12 2017
Melalui gambar yang dikongsikan, Noor Halimatun memberitahu bahawa Hazreel kini sudah mampu berjalan dengan bantuan tongkat khas namun masih belum dapat dipastikan bila Hazreel dapat memulakan persekolahannya. - Gambar Noor Halimatun
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Derita Hazreel berpanjangan kerana kesempitan wang
Hazreel memerlukan bantuan RM4,000 sebulan untuk perbelanjaan membeli ubat-ubatan dan kain balutan.