REMBAU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul bapa kandung di Kendong dekat sini.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, tindakan itu bagi menentukan kesesuaian penempatan remaja perempuan berusia 17 tahun itu selepas ini.
"Bagaimanapun perancangan JKM ialah jika tiada ahli keluarga yang mampu menjaganya, kanak-kanak itu akan ditempatkan di institusi JKM bagi tujuan perlindungan dan penjagaan.
"Selain itu, JKM akan menyusul dengan sesi kaunseling bagi membantu kanak-kanak tersebut mengatasi trauma yang dihadapi dan kami juga akan memastikan kanak-kanak ini menyambung persekolahan walau di mana penempatan beliau kelak," katanya pada Ahad.
Dalam pada itu, Rosnah berkata, mangsa kini masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan dilaporkan berada dalam keadaan baik setakat ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, reman suspek yang tamat semalam kini dilanjutkan selama lima hari sehingga 1 Februari ini bagi membantu siasatan.
Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tampin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 28 2024

Mangsa masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.

Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun
Empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis.

JKM kesan ahli keluarga lain mangsa rogol, pukul bapa sendiri
JKM sedang mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul bapa kandung di Kendong di Rembau.

Bapa didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya yang berusia 10 tahun.

Prosedur kendali mangsa rogol perlu ditambah baik - Nancy
Kementerian Kesihatan (KKM) disaran meneliti kebenaran agar mangsa menjalani pemeriksaan di hospital tanpa membuat laporan polis.

Remaja OKU mangsa rogol lahirkan bayi: Polis dapat petunjuk baharu
Pihak polis Kelantan masih menunggu hasil siasatan dan percaya suspek berada di sekitar rumah mangsa.

Kanak-kanak dengan konflik undang-undang harus diberi khidmat guaman percuma - PSCC
Semua kanak-kanak yang menghadapi konflik undang-undang harus diberi khidmat guaman secara percuma.

Ibu, bapa saudara durjana: Remaja jadi hamba seks hampir 3 tahun
Seorang remaja perempuan menanggung derita hampir tiga tahun dipaksa menjadi hamba seks bapa saudaranya atas arahan isteri lelaki itu.

Bapa durjana jadikan anak pemuas nafsu ditahan polis
Suspek berusia 45 tahun ditahan polis pada jam 4.45 petang tadi.

Gadis jadi 'pemuas nafsu' bapa sejak berusia 6 tahun
Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.