KUALA LUMPUR: Semua kanak-kanak yang menghadapi konflik undang-undang harus diberi khidmat guaman secara percuma, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSCC) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ahli Parlimen Pengerang itu, dalam kenyataan bersama lapan Ahli Parlimen lain dalam jawatankuasa berkenaan, berkata PSCC khuatir dengan laporan berita mengenai tindakan polis di Terengganu menahan gadis berusia 15 tahun dan didakwa mangsa rogol, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selepas bayi lelaki gadis tersebut yang baru lahir ditemukan mati dengan kesan tikaman.
"Dalam hal ini PSCC bimbang kerana tindakan pertama agensi berkaitan adalah mereman kanak-kanak itu yang masih di wad neonatal, bagi siasatan kerana membunuh, tanpa ada penilaian psikologi yang komprehensif atau laporan kebajikan sosial dijalankan, selain tanpa dia diberi sebarang khidmat guaman atau bantuan psikologi," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa itu, antara lain mengesyorkan agar semua kanak-kanak yang menghadapi konflik undang-undang, diberikan khidmat guaman percuma dari peringkat tahanan hingga selesai proses pengadilan jenayah, demi memastikan hak mereka dilindungi sepenuh dan sewajarnya.
Ia juga mengesyorkan agar pelbagai pihak berkepentingan dalam sistem keadilan jenayah termasuk Majlis Peguam, Jabatan Peguam Negara, Polis dan Pejabat Ketua Pendaftar, bekerjasama ke arah mencapai khidmat guaman percuma untuk semua kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang di Malaysia.
Selari dengan komitmen Malaysia dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, PSCC turut memuji perlindungan yang diberikan kepada golongan itu di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk layanan terhadap kanak-kanak semasa dalam tahanan dipatuhi dengan ketat oleh semua pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang.
BACA: Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman
BACA: Kes bayi maut ditikam: Polis buru lelaki rogol remaja 15 tahun
Jawatankuasa itu juga mencadangkan agar kempen kesedaran dihidupkan semula oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengelakkan kes pembuangan bayi, serta menyediakan sokongan dan bantuan kepada ibu muda yang belum berkahwin.
Lapan Ahli Parlimen lain dalam jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin), Rubiah Wang (Kota Samarahan), Che Alias Hamid (Kemaman), Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik), Fuziah Salleh (Kuantan), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai ), Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) dan Hannah Yeoh (Segambut).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Azalina berkata PSCC khuatir dengan laporan mengenai gadis 15 tahun yang didakwa mangsa rogol, ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selepas bayi gadis tersebut ditemukan mati dengan kesan tikaman. - Gambar fail/BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.