KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memuktamadkan sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Republik Indonesia (DJBC) pada Rabu.
MoU tersebut akan menguntungkan pengeksport dan pengimport kedua-dua negara dan akan menyumbang kepada peningkatan jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan MoU tersebut akan memperkukuhkan kerjasama terutamanya dalam menangani isu-isu perdagangan berkaitan dengan hal-hal perkastaman antara dua negara.
“Dengan termeterainya MOU ini, hubungan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia yang diwakili oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC)
Indonesia dari segi pentadbiran dan penguatkuasaan antara lainnya, akan terus diperkasakan.
"Pelaksanaan MOU ini juga pastinya akan menguntungkan pengeksport dan pengimport kedua-dua negara dan akan menyumbang kepada peningkatan jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Ia juga mempromosikan penggunaan piawaian-piawaian antarabangsa dan juga amalan-amalan terbaik berkaitan dengan hal-hal perkastaman yang menjurus ke arah merealisasikan pembangunan ekonomi negara.
MoU itu juga dapat mengukuhkan pembangunan sumber manusia dan pembangunan kepupayaan bagi memodenkan amalan-amalan perkastaman dalam pentadbiran kastam kedua negara.
Selain itu, ia juga mempromosikan kerjasama fasilitasi perdagangan melalui pembangunan teknikteknik perkastaman dan juga aplikasi ICT di dalam kerjasama perkastaman selain mengusahakan kerjasama ke arah pelaksanaan World Customs Organization (WCO) SAFE Framework of Standards yang meliputi pertukaran maklumat perkastaman.
MOU ini yang berbentuk Smart Partnership akan mewujudkan situasi win-win yang merupakan salah satu syarat utama persetujuan Memorandum di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan MoU tersebut akan memperkukuhkan kerjasama terutamanya dalam menangani isu-isu perdagangan berkaitan dengan hal-hal perkastaman antara dua negara. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin
Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.
SHRDC, Enfrasys meterai MoU gabung rangkaian swasta 5G sementara
MoU itu selaras dengan usaha pendigitalan kerajaan negeri kerana rakyat mendambakan sistem penyampaian yang lebih efisien.
Draf MoU peruntukan pembangkang siap dan sedia diserah - Fadillah
Fadillah berkata beliau telah mengarahkan supaya draf berkenaan diserahkan kepada Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Jabatan Perumahan Negara, LPHP meterai MoU selamatkan projek perumahan sakit di Perak
Kerajaan Perak melalui LPHP dan Jabatan Perumahan Negara memeterai satu MoU sebagai langkah penting dalam menyelamat dan memulih projek perumahan sakit dan terbengkalai di negeri ini.
Manfaat saksama perlu dijamin memandangkan perniagaan dengan China terus berkembang
Hubungan Malaysia dan China mencatatkan satu lagi pencapaian penting baru-baru ini dengan pemeteraian 11 MoU yang melibatkan potensi pelaburan bernilai RM13.2 bilion.
PM Anwar dan Li Qiang saksi pertukaran 14 MoU antara Malaysia-China
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang hari ini menyaksikan pertukaran 14 memorandum persefahaman (MoU).
MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig dibentang di mesyuarat Kabinet esok
Pembentangan itu membabitkan laporan interim, bertujuan bagi memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri.