KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya meraih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit semasa lawatan kerja Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin ke China baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman (MoU).
"Empat MoU berkenaan ditandatangani di antara syarikat-syarikat minyak sawit Malaysia dan perniagaan di China pada Sidang Kemuncak Industri Bijirin dan Minyak Antarabangsa China ke-15 di Nanjing pada 11 Julai, 2024," katanya.
KPK berkata empat MoU yang ditandatangani adalah di antara Kuala Lumpur Kepong Bhd dan BOCE Trade Service Co Ltd untuk eksport tokotrienol; Taobao (China) Software Co Ltd dan Able Perfect Group untuk memperluaskan akses pasaran digital; Taobao (China) Software Co Ltd dan Sawit Kinabalu Group untuk perdagangan minyak sawit mentah; dan JF Nutritech dan Palmort Food Tech (Shanghai) untuk aplikasi minyak sawit merah dalam makanan haiwan.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Chan bersama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Presiden Dewan Perniagaan China untuk Import/Eksport Bahan Makanan, Hasil Asli, dan Produk Sampingan Haiwan (CFNA) Cao De Rong.
Timbalan menteri tersebut berkata Able Perfect, sebuah kilang penapisan minyak sawit bebas yang berpangkalan di Pelabuhan Klang berhasrat untuk memperluaskan kehadirannya di pasaran China, terutama dalam minyak sawit yang ditapis dan lelemak minyak sawit, dengan nilai perniagaan dianggarkan sekitar RM200 juta melalui perjanjian perdagangan itu.
Beliau menekankan bahawa empat MoU tersebut akan melibatkan pengembangan perdagangan produk-produk minyak sawit ke dalam sektor baharu, termasuk memanfaatkan platform e-dagang terkenal di dunia, Taobao, untuk membangunkan saluran jualan perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke pengguna (B2C) dalam talian serta memasuki pasaran produk kesihatan dengan tokotrienol, satu bentuk vitamin E yang kuat diperoleh daripada minyak sawit.
"Syarikat-syarikat Malaysia mesti memberi tumpuan kepada pengeluaran bernilai tambah tinggi dan berkualiti tinggi untuk kekal berdaya saing di pasaran global.
"Dengan pengeluaran minyak sawit Malaysia yang dikekalkan pada sekitar 18 juta tan setahun, adalah penting untuk mematuhi piawaian Peraturan Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan prinsip pembangunan lestari," katanya.
Selain itu, Chan berkata pihak berkuasa China telah meluluskan eksport dan penggunaan tokotrienol sawit dalam aplikasi makanan pada Mac tahun ini.
Menurut kenyataan itu, nilai keseluruhan perjanjian perdagangan berkenaan dijangka meningkat dalam tahun-tahun akan datang.
Semasa lawatan kerja tersebut, Chan juga mengadakan sesi padanan perniagaan dengan kira-kira 20 perusahaan Malaysia dan China, menyediakan platform untuk pertukaran dan meneroka peluang kerjasama dalam perdagangan minyak sawit.
Inisiatif yang dilakukan itu akan memperdalam lagi kerjasama dua hala dalam sektor minyak sawit, mempromosikan kemakmuran ekonomi secara bersama dan menghasilkan 'menang-menang' untuk Malaysia dan China, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Chan berkata pihak berkuasa China telah meluluskan eksport dan penggunaan tokotrienol sawit dalam aplikasi makanan pada Mac tahun ini. - Gambar hiasan/DagangNews
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
Projek ECRL capai lebih 76 peratus setakat November - MRL
Ia berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Dis 2026 bagi jajaran KB-Terminal Bersepadu Gombak.
Perkeso, MAVCOM meterai MoU perkukuh penguatkuasaan sektor penerbangan
Mohammed Azman berkata kerjasama ini bagi memastikan majikan dan pekerja industri penerbangan berdaftar dan mencarum
MoU getah antara Malaysia, Thailand akan tumpu pada pengeluaran mampan - Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai getah antara Malaysia dan Thailand akan menumpukan kepada pengeluaran getah yang mampan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia-China meterai MoU pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.