PORT DICKSON: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini menawarkan ganjaran 10 peratus daripada nilai rampasan kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat mengenai barangan yang dikategorikan lari cukai berserta pelakunya.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata barangan itu termasuk rokok, minuman keras dan kenderaan (RMK) dengan identiti pemberi maklumat berkenaan akan dirahsiakan.
"Jika nilai rampasan berjumlah RM1 juta, maka 10 peratus daripada itu iaitu sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat.
"Memang ada peruntukan untuk pemberi maklumat yang kita akan nilaikan mengikut kategori.
"Kita harap lebih ramai menghubungi JKDM jika lihat perkara disyaki, kita anggap pemberi maklumat ini sebagai kategori A iaitu apabila JKDM sampai di tempat tersebut boleh terus tangkap pelaku dan barangan yang lari cukai itu, ia termasuk juga kes melibatkan dadah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM Negeri Sembilan 2023 yang turut dihadiri Pengarah JKDM negeri Mohammad Hafiz Ishak di sini hari ini.
Ahmad berkata maklumat berkenaan diperlukan bagi membasmi aktiviti berkenaan yang akan merugikan rakyat dan negara, malah pemberian ganjaran itu sebenarnya sudah lama dilakukan JKDM tapi tidak diuar-uarkan.
"Kerja-kerja jahat ini masih banyak lagi dibuat di luar sana, oleh kerana itu saya menyeru kepada semua untuk tampil salurkan maklumat itu, mereka boleh hubungi JKDM di kawasan masing-masing...tapi jangan pula bagi maklumat palsu," katanya.
Beliau berkata tugas dan peranan JKDM bukan hanya mengutip cukai atau hasil untuk negara bahkan untuk menjaga ketenteraman negara.
Sementara itu, Mohammad Hafiz dalam ucapannya berkata JKDM Negeri Sembilan telah pun merekodkan kutipan hasil berjumlah lebih RM300 juta setakat 31 Jun lepas berbanding sasaran pada tahun ini iaitu RM588 juta.
"Saya percaya dengan usaha gigih JKDM negeri dalam mempertingkatkan hasil yang sedikit sebanyak dapat membantu usaha kerajaan dalam membaik pulih ekonomi negara dan seterusnya membantu rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima sempena Program Khidmat Bakti Masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di pekarangan Surau Ta'awuniah, hari ini. -Bernama
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.
PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan
Jentera UMNO yang diturunkan untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin menjalankan peranannya dengan baik.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Anjur program, umum peruntukan oleh kerajaan ketika PRK tidak salah - Ahmad Maslan
Katanya, isu tersebut pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang yang mempertikaikannya.
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak
Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat
Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tanggungjawab penambahbaikan jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.