"Jika Altantuya Shaariibuu masih hidup, dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini," kata Dr Shaariibuu Setev, bapa mangsa bunuh warganegara Mongolia berkenaan selepas perbicaraan saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.
Shaariibuu, 69, berkata pihak media di Mongolia juga ada menyiarkan berita mengenai ulang tahun kelahiran wanita itu, malah isteri serta anaknya yang lain juga mengadakan upacara keagamaan di negara terbabit sebagai mengingati Altantuya.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Shaariibuu memberitahu yang dia amat mengharapkan keadilan terhadap anaknya itu dapat ditegakkan kerana kes berkenaan bukan sahaja diikuti oleh rakyat di Malaysia mahupun Mongolia, tetapi di seluruh dunia.
Tambah profesor sambilan di Mongolian National University itu, beliau pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun lepas dan dijanjikan keadilan terhadap kematian anaknya.
"Selain itu, ada isu lain timbul membabitkan hubungan antara kedua-dua negara (Malaysia dan Mongolia) yang mana ketika persidangan antarabangsa, perwakilan dari kedua-dua negara dilihat tidak duduk bersama.
"Ini menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Mongolia. Tujuan kami adalah untuk merapatkan semula jurang yang wujud ketika ini sejurus kes berkenaan dapat diselesaikan," katanya.
Terdahulu, sebelum mula memberi keterangan pada prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Shaariibuu memaklumkan kepada mahkamah mengenai ulang tahun kelahiran anaknya itu dan memohon semua bertafakur.
Sementara itu, Penasihat berkaitan Masyarakat Sivil dan Hak Asasi Manusia kepada Presiden Mongolia, Uyanga Gantumur yang hadir mengikuti perbicaraan kes itu pada Isnin, memberitahu kerajaan dan rakyat di negaranya mahu keadilan ditegakkan dan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.
"Kes ini memberi kesan kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara," katanya.
Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa serta dua orang cucu lelaki mereka - Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga - memfailkan saman RM100 juta ke atas dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan daripada senarai plaintif berikutan kematiannya dua tahun lepas.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan emosi dan trauma yang melayakkan mereka dibayar ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau. -- Bernama
Bernama
Mon May 06 2019

Shaariibuu memberitahu yang beliau amat mengharapkan keadilan terhadap anaknya itu dapat ditegakkan kerana kes berkenaan bukan sahaja diikuti oleh rakyat di Malaysia mahupun Mongolia, tetapi di seluruh dunia. - BERNAMA/Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah
Keluarga Altantuya Shaariibuu mendesak Kerajaan Madani menjalankan siasatan terperinci terhadap tuduhan yang terkandung dalam afidavit Azilah.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.

Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.

Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.

Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.

Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.

Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.