KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah memaklumkan AmBank bahawa pasukannya sedang berusaha menubuhkan dana kekayaan negara (sebelum 1Malaysia Development Berhad) untuk mengumpul dana bagi membangunkan negeri Terengganu, dua tahun sebelum ia ditubuhkan secara rasmi.
Joanna Yu Ging Ping, 51, bekas pengurus perhubungan di bank itu berkata beliau telah diperkenalkan kepada Jho Low, Tan Vern Tact dan Nik Faisal Ariff Kamil oleh ketua pasukannya ketika itu, Chan Wan Seong pada 2007.
Pada mulanya ditubuhkan pada 2009 sebagai entiti milik kerajaan negeri Terengganu, Terengganu Investment Authority (TIA) dan kemudiannya dinamakan semula sebagai 1MDB.
Ketika menjelaskan pengenalannya kepada Jho Low, Yu berkata beliau mengenali ahli perniagaan itu apabila ditugaskan oleh Chan untuk mengendalikan pinjaman Majestic Masterpiece Sdn Bhd pada 2007.
"Tidak lama selepas pinjaman Majestic Masterpiece diluluskan oleh bank dan pengambilalihan entitinya selesai, Jho Low memaklumkan kepada bank bahawa pasukannya sedang meninjau untuk menubuhkan dana kekayaan negara bagi mengumpul dana untuk membangunkan negeri Terengganu," katanya.
Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana milik 1MDB.
Yu berkata beliau kemudiannya menghadiri mesyuarat dengan Jho Low dan beberapa yang lain pada 2009 untuk penerbitan bon berkaitan.
Mereka yang menghadiri mesyuarat itu ialah Casey Tang dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, beberapa pegawai AmBank seperti Chan serta beberapa pegawai bahagian pasaran modal hutang bank itu.
Tang kemudiannya akan menjadi pengarah eksekutif pembangunan perniagaan 1MDB manakala Shahrol Azral akan menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) dana itu.
"Dalam pertemuan ini, Jho Low dan Tang mengemukakan banyak soalan dan bertanya tentang isu biasa membabitkan penerbitan bon, struktur dan garis masa untuk terbitan. Kami pada mulanya diminta memberikan cadangan untuk terbitan bon RM10 bilion dengan tempoh 30 tahun.
"Rakan-rakan saya dari bahagian Perbendaharaan dan Pasaran Modal Hutang memberitahu bahawa mungkin tidak cukup pelabur untuk saiz RM10 bilion dan tempoh bon selama 30 tahun di Malaysia juga tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Terdapat beberapa cadangan yang dibincangkan, antaranya mendapatkan jaminan kerajaan untuk bon, mengurangkan saiz terbitan bon, dan juga memendekkan tempoh bon. Selepas pertemuan ini, terdapat beberapa perbincangan lain.
"Akhirnya pelanggan (TIA) bersetuju untuk mengurangkan saiz terbitan bon jaminan kerajaan sebanyak RM5 bilion untuk tempoh 30 tahun. Saya tidak pasti siapa yang membuat keputusan untuk mempunyai jaminan kerajaan untuk bon ini, tetapi setakat yang saya tahu, Perbendaharaan/Pasaran Modal Hutang Bank telah memaklumkan bahawa jaminan kerajaan mungkin diperlukan untuk tempoh bon melebihi 20 tahun.
"Biasanya, pelangganlah yang membuat keputusan muktamad bagi struktur bon dan bagi 1MDB, pelanggan memainkan peranan penting dalam mendapatkan jaminan kerajaan untuk bon itu," kata saksi itu.
Beliau berkata sebaik sahaja penerbitan bon itu dipersetujui, TIA membuka akaun di AmBank untuk tujuan menerima hasil bon.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Saksi itu berkata beliau telah diperkenalkan kepada Jho Low, Tan Vern Tact dan Nik Faisal Ariff Kamil oleh ketua pasukannya ketika itu, Chan Wan Seong pada 2007. - Gambar fail/ Sinar Harian
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau mela
Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai
Hakim membenarkan permohonan Kumaraendran berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.