Kementerian Kesihatan telah membuat persiapan mencukupi bagi menghadapi sebarang peningkatan kes penyakit akibat jerebu yang dijangka berterusan dalam tempoh sebulan lagi.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata persediaan dari segi ubat-ubatan dan topeng muka percuma serta perkhidmatan di hospital dan klinik di seluruh negara adalah mencukupi.
"Tidak perlu bimbang. Setakat ini juga tidak terdapat peningkatan membimbangkan penyakit berkaitan jerebu daripada pemantauan yang kita lakukan di hospital dan klinik di seluruh negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2015 di sini hari ini.
Semalam, Ketua Agensi Pengurusan Bencara Negara (BPNP) Indonesia, Willem Rampangile dilaporkan sebagai berkata masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran ladang dan hutan di Indonesia, dijangka berakhir dalam tempoh sebulan lagi apabila negara jiran itu mula mengalami musim hujan.
Willem dipetik sebagai berkata dengan peralihan cuaca itu, ia sekali gus memadamkan api dalam tanah gambut dan menghilangkan jerebu yang turut melanda Malaysia dan Singapura sejak dua bulan lepas.
Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata setakat ini tidak terdapat sebarang laporan kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) terhadap jemaah haji yang pulang ke tanah air.
Katanya pasukan khas diletakkan di lapangan terbang terbabit untuk melakukan pemeriksaan terhadap jemaah haji yang pulang ke Malaysia sejak penerbangan pertama tiba pada 29 Sept lalu.
"Pasukan pemeriksaan kita bersedia memeriksa jemaah yang pulang sekirnaya mempunyai sindrom berkaitan seperti batuk di setiap penerbangan. Setakat ini tiada sebarang kes dilaporkan," katanya.
Semalam, sebanyak 14 daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang dan tiba di negara itu dikuarantin kerana disyaki dijangkiti MERS.
Mereka dikuarantin di Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk pemantauan.
Sementara itu, Hilmi berkata Minggu Kesedaran Pendermaan Organ tahun ini diadakan di 76 lokasi seluruh negara mulai hari ini dengan menyasarkan 6,000 pengikrar derma organ baharu.
Menurutnya sejak kempen derma organ secara turun padang dilakukan terdapat peningkatan bilangan pengikrar penderma organ.
"Sehingga Ogos tahun ini terdapat 308,299 rakyat Malaysia yang berikrar menderma organ selepas kematian atau mewakili 1.1 peratus keseluruhan rakyat Malaysia.
"Jumlah ini masih sangat rendah dan kita akan berusaha memastikan ia terus meningkat dengan kempen kesedaran yang kita lakukan," katanya.
Katanya lagi sehingga tempoh yang sama tahun ini terdapat 19,507 rakyat Malaysia sedang menunggu organ dan kebanyakannya adalah pesakit buah pinggang.
Bernama
Sat Oct 03 2015
Kementerian Kesihatan membuat persiapan mencukupi bagi menghadapi peningkatan kes penyakit akibat jerebu. -Gambar fail
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.
Rabies: Klinik bakal dikenakan tindakan undang-undang
Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan undang-undang kepada sebuah klinik swasta di Kuching, Sarawak kerana gagal merujuk kes seorang lelaki digigit anjing ke fasiliti kesihatan kerajaan.
Buat semakan latar belakang calon penyelia di sekolah, IPT - Dr Hilmi
Tegasnya, pemeriksaan kesihatan terutama dari segi mental juga penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kembalikan ubat yang tidak diguna elak pembaziran - Dr Hilmi
Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.
Mekanisme khas perlu bagi pastikan warga asing bayar bil perubatan
Ia disuarakan Senator Siti Aishah Shaik Ismail ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Negara hari ini.
Kes kegagalan fungsi buah pinggang semakin meningkat - Hilmi Yahaya
Kes kegagalan buah pinggang disebabkan diabetes di Malaysia semakin meningkat.
Budayakan gaya hidup aktif, jaga soal kalori dan pemakanan
Mengulas amalan kesihatan di Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menggesa rakyat agar lebih proaktif dalam memantau tahap kesihatan masing-masing.
Keputusan guna vaksin denggi belum diputuskan - Hilmi
Syarikat pengeluar vaksin telahpun membuat permohonan untuk didaftarkan, namun perkara itu masih di peringkat kajian.
KKM nafi dakwaan dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan Ikhlas kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.
Kerintangan antibiotik semakin membimbangkan akibat penyalahgunaan
Kerintangan antibiotik di negara ini terjjadi akibat kekerapan penggunaan dan penyalahgunaan jenis ubat itu secara meluas dalam sektor kesihatan.