Kes kegagalan buah pinggang disebabkan diabetes di Malaysia semakin meningkat dan jika trend tidak sihat itu tidak dihentikan, negara ini akan berada di kedudukan teratas di dunia dengan jumlah kes tertinggi menjelang 2030.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jumlah pesakit buah pinggang dilaporkan hampir 40,000 orang di seluruh negara tahun lepas dan ia terus meningkat disebabkan gaya hidup tidak sihat.
Beliau berkata buah pinggang manusia boleh rosak disebabkan banyak keadaan dan antara punca utama penyakit itu hari ini yang boleh dicegah adalah seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
"Kita akan menjadi antara negara yang berada pada kedudukan teratas di dunia dengan jumlah kes kegagalan buah pinggang tertinggi pada 2030 jika trend semasa itu tidak dihentikan," katanya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat dialisis Province Wellesley Renal Medifund di sini bersempena sambutan awal Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 di sini.
Beliau berkata keadaan itu akan lebih membimbangkan kerana ia sudah menjadi biasa dari semasa ke semasa dengan jumlah kes kegagalan buah pinggang terus meningkat.
Dr Hilmi berkata satu perempat daripada 40,000 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dirawat di hospital-hospital kerajaan manakala selebihnya dengan hospital swasta dan pusat dialisis.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan diet seimbang yang sihat dan sentiasa bersenam supaya buah pinggang sihat.
Sementara itu, Dr Hlmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata mulai tahun ini, kerajaan memilih untuk membeli lebih banyak ubat-ubatan generik untuk mengurangkan kos.
Beliau berkata tahun lepas, kerajaan persekutuan membelanjakan RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan untuk hospital-hospital kerajaan.
"Sebelum ini, kita beli ubat asal 50 peratus dan 50 peratus ubat-ubatan generik dan mungkin mulai tahun ini, kita mungkin tingkatkan peratusan ubat-ubatan generik," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 06 2017
Buah pinggang manusia boleh rosak disebabkan banyak keadaan dan antara punca utama penyakit itu hari ini yang boleh dicegah adalah seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis. - Gambar hiasan
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum
Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.
PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.
Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.
GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.
Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.
Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.