Kerintangan antibiotik di negara ini di tahap membimbangkan akibat kekerapan penggunaan dan penyalahgunaan jenis ubat itu secara meluas dalam sektor kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata jika keadaan itu berterusan, ia akan menyebabkan jangkitan penyakit sukar diubati serta meningkatkan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain.
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria.
Hilmi berkata, statistik menunjukkan kerintangan antibiotik di Malaysia meningkat dan kajian terhadap superbug baru menunjukkan bilangan jangkitan meningkat daripada 150 kes pada 2013 kepada 181 kes pada 2014.
Menurutnya, kadar kematian juga bertambah daripada 25 peratus pada 2013 kepada 37 peratus pada tahun lalu.
“Ini satu perkara yang tidak patut berlaku kerana ramai antara pengamal perubatan kita yang lebih suka memberi antibiotik. Kadang-kadang mereka beri kerana pesakit hendak antibiotik.
“Yang kedua bila doktor bagi preskripsi, pesakit ini tidak ikut peraturan makan antibiotik. Contohnya, doktor bagi untuk lima hari tetapi (pesakit) makan untuk tiga hari sahaja. Dengan cara itu juga boleh menyebabkan kerintangan kepada antibiotik,” jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa peka terhadap pengambilan antibiotik dan sering bertanya kepada doktor mengenai keperluan antibiotik bagi merawat penyakit yang mereka alami.
Hilmi berkata demikian selepas melancarkan kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Peringkat Kebangsaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.
Kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat awam dan golongan profesional kesihatan tentang kepentingan penggunaan antibiotik secara wajar.
Sathesh Raj
Mon Nov 16 2015

Kerintangan antibiotik yang berterusan menyebabkan jangkitan penyakit sukar diubati serta meningkatkan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.

"Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka" - Norman Hakim
Bapa kepada pempengaruh yang terpalit dengan tuduhan penyondol rumah tangga pasangan muda, Marissa Dania Hakim, Norman Hakim akhirnya bersuara.

Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.

Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi
Seorang warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut dan menyebabkan pendarahan tidak terkawal di Hospital Singburi, Thailand.

Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual
Notifikasi produk itu telah dibatalkan sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.

Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.

Tidak semua demam, jangkitan memerlukan antibiotik - Dr Lee
Beliau berkata, contohnya jangkitan viral, tidak memerlukan sebarang antibiotik dan orang ramai tidak perlu meminta antibiotik daripada doktor untuk setiap penyakit.

Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.

Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan
Pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa.