Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan kerana penternak ikan di negara ini mengamalkan kaedah ternakan yang baik selaras dengan garis panduan Amalan Akuakultur Baik (GAqP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan (DOF).
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa dan sehingga kini pihaknya mendapati tiada penggunaan makanan yang dicampur hormon dan agen pengalakkan tumbesaran diamalkan di Malaysia.
"Sehingga kini 1,059 ladang ternakan di seluruh Malaysia telah dipantau bagi memastikan ikan dan hasilan ikan bebas daripada kesan pencemaran dan selamat untuk dimakan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa bagi menjawab isu berkaitan sebuah video "Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Henti Memakan Ikan Tilapia" yang tular baru-baru ini.
Video tersebut mendakwa makan ikan tilapia akan meningkatkan risiko keradangan, mengandungi bahan pencemar karsinogenik dan penyebab kanser selain terdedah kepada antibiotik dan racun perosak.
Munir berkata tiada kajian spesifik dan laporan khusus dari badan dan pertubuhan kesihatan awam bahawa manusia yang memakan ikan tilapia yang diberi pellet yang mengandungi soya dan jagung yang diubahsuai secara genetik (GM) akan meningkatkan risiko keradangan dan kanser.
Menurutnya, penggunaan protein tumbuhan seperti soya dan jagung GM untuk menggantikan sumber protein makanan ikan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Norway dan Kesatuan Eropah sejak 20 tahun lalu.
Malah katanya, ternakan lembu juga diberi makanan berasal daripada GM jagung selain emping jagung komersial yang dimakan oleh ribuan manusia setiap hari juga dibuat menggunakan GM jagung.
"Tiada kajian secara spesifik dan laporan khusus dari organisasi bertanggungjawab terhadap kesihatan seperti Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) mengenai dakwaan ikan tilapia akan meningkatkan risiko keradangan serta hubung kait antara makanan tilapia dengan penyakit-penyakit yang dinyatakan.
"Penggunaan antibiotik dan racun perosak pula adalah dilarang dalam industri ternakan akuakultur di Malaysia yang mana di bawah Peraturan Perikanan Akuakultur (Darat) 2017 (WP Kuala Lumpur dan WP Labuan) menyatakan bahawa penggunaan bahan residu terlarang seperti antibiotik, hormon dan agen penggalak adalah tidak dibenarkan, " katanya.
Munir berkata, penggunaan antibiotik pada ternakan juga tilapia amat jarang diamalkan kerana spesis ini secara relatifnya murah dan tiada keperluan untuk menambah kos ternakan.
Namun demikian menurutnya, DOF akan sentiasa menjalankan kajian dan memantau mengenai penggunaan antibiotik di dalam industri akuakultur di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018

Penggunaan antibiotik pada tilapia amat jarang diamalkan kerana spesis ini secara relatifnya murah dan tiada keperluan untuk menambah kos ternakan. - Gambar hiasan

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.

"Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka" - Norman Hakim
Bapa kepada pempengaruh yang terpalit dengan tuduhan penyondol rumah tangga pasangan muda, Marissa Dania Hakim, Norman Hakim akhirnya bersuara.

Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.

Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi
Seorang warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut dan menyebabkan pendarahan tidak terkawal di Hospital Singburi, Thailand.

Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual
Notifikasi produk itu telah dibatalkan sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.

Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.

Tidak semua demam, jangkitan memerlukan antibiotik - Dr Lee
Beliau berkata, contohnya jangkitan viral, tidak memerlukan sebarang antibiotik dan orang ramai tidak perlu meminta antibiotik daripada doktor untuk setiap penyakit.

Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.

Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan
Pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa.