Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata saban tahun Malaysia menghadapi masalah jerebu yang berpunca dari Indonesia dan sehingga kini masalah itu masih belum berjaya diselesaikan.
Katanya keadaan udara yang kembali berjerebu setiap tahun menyebabkan perniagaan oleh penjaja merosot sehingga 30 peratus, kos perubatan meningkat serta sekolah terpaksa ditutup dan jumlah kedatangan pelancong menurun.
"Saya fikir kita perlu meminta mereka (kerajaan Indonesia) memberi pampasan. Bagaimanapun, kos kerugian sebenarnya sukar ditafsirkan," katanya.
Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian kepada pemberita pada majlis perhimpunan pesta kuih bulan/tanglung di sini, malam ini.
Jerebu sekali lagi 'menyelubungi' dan mencemari ruang udara Malaysia dan Singapura, berikutan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa dan pulpa di beberapa wilayah di Indonesia, antaranya Sumatera, Kalimantan dan Riau.
Bernama
Mon Oct 05 2015

CHEW: Saya fikir kita perlu meminta mereka (kerajaan Indonesia) memberi pampasan. Bagaimanapun, kos kerugian sebenarnya sukar ditafsirkan. - Foto AWANI / SHAHIR OMAR

Lebih 4,000 penduduk Jakarta dipindahkan akibat banjir
Dua jalan raya utama di bandar itu, Jalan Puri Kembangan dan Jalan Puri Mutiara masing-masing ditenggelami air setinggi 40 sentimeter dan 70 sentimeter.

Presiden Trump ucap selamat menyambut Ramadan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di AS dan seluruh dunia.

Bangkai jet pejuang Filipina dijumpai, dua juruterbang maut
Pesawat berkenaan ditemukan pada 11 pagi waktu tempatan, namun butiran mengenai keadaan pesawat tidak didedahkan.

100 bangkai babi ditemukan di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson - MB Negeri Sembilan
JPVNS dan pihak berkuasa negeri perlu meningkatkan pemantauan di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson susulan penemuan 100 bangkai babi.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN banteras jenayah siber
Malaysia memperhebatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan siber menerusi kerjasama strategik.

Dua lelaki ditahan selepas dikejar 40km
Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua lelaki berusia 26 tahun itu bekerja sebagai buruh dan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Perkongsian strategik Arm: Negara bakal hasilkan ‘cip AI buatan Malaysia’ – PM Anwar
Perkongsian strategik di antara Kerajaan Malaysia dan Arm Holdings Plc dalam pembangunan cip semikonduktor akan menyaksikan negara menghasilkan cip AI buatan sendiri.
Majlis Kerjasama Strategik: Peneraju Global Semikonduktor Pembangunan CIP AI | 5 Mac 2025
Majlis Kerjasama Strategik Malaysia - Peneraju Global Semikonduktor bagi Pembangunan CIP AI akan disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur.

SPRM tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000
Suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah dan perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.
AWANI Ringkas: Pemberian bantuan kewangan nelayan ditambah baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.

Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA
Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.

Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045
Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.

Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Sebanyak 65 Taska dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.

Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas.

Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.

Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).