Ringkasan AI
- 4,258 penduduk Jakarta telah dipindahkan akibat banjir yang menjejaskan 89 kawasan kejiranan di beberapa daerah, dengan Jakarta Timur paling teruk terjejas.
- Dua jalan raya utama, Jalan Puri Kembangan dan Jalan Puri Mutiara, ditenggelami air setinggi 40 dan 70 sentimeter.
- Banjir disebabkan oleh taburan hujan luar biasa, bukan kegagalan infrastruktur, dan kerajaan kini fokus pada evakuasi mangsa serta membaik pulih jalan raya.
Setakat ini, bencana tersebut menjejaskan 89 kawasan kejiranan di daerah Jakarta Pusat, Jakarta Barat, Jakarta Selatan dan Jakarta Timur.
Difahamkan, Jakarta Timur merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan paras air mencecah 190 hingga 200 sentimeter setakat ini.
Ketua Pusat Data dan Maklumat Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), Mohamad Yohan berkata, dua jalan raya utama di bandar itu, Jalan Puri Kembangan dan Jalan Puri Mutiara masing-masing ditenggelami air setinggi 40 sentimeter dan 70 sentimeter.
Menteri Perumahan dan Kawasan Permukiman (PKP) Maruarar Sirait sebelum ini mengesahkan, bencana tersebut tidak berpunca daripada sebarang kegagalan infrastruktur, sebaliknya disebabkan oleh taburan hujan yang luar biasa.
Maruarar yang bercakap kepada akhbar Jakarta Globe berkata, kerajaan kini bertumpu kepada proses evakuasi mangsa serta membaik pulih jalan raya utama di bandar tersebut.
Dengan ketinggian sifar ke 10 meter dari paras laut, Jakarta merupakan salah satu bandar terendah di dunia.
Ini menjadikan bandar tersebut sangat terdedah kepada banjir dan hakisan pantai, dengan banjir besar direkodkan pada 1996, 1999, 2007, 2013 dan 2022.
