Ringkasan AI
- SPRM Kedah menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM400,000 untuk mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri.
- Suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah dan perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan siasatan awal menunjukkan kesalahan dilakukan sekitar Jun 2020.
Sumber SPRM memaklumkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi ini.
Beliau berkata suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah sekitar 3.25 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta wang rasuah terbabit sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi satu projek usahasama dan suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan sekitar Jun 2020," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
