Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata menjelang 2045, jumlah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas akan menyamai jumlah anak muda, dengan setiap kumpulan mewakili 20 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.
"Mulai masa itu, jumlah warga tua akan melebihi golongan muda," katanya ketika melancarkan buku ''Ageing Malaysia, Thailand, Indonesia and Cambodia Demographic Transition, Policy and Programmatic Response'' serta forum mengenainya di sini hari ini.
Chew berkata perkadaran golongan tua meningkat daripada 587,000 atau 5.4 peratus pada 1970 kepada 2.25 juta atau 8.0 peratus pada 2010, dan diunjurkan meningkat kepada 4.9 juta atau 15.3 peratus pada 2030 dan 9.6 juta atau 23.6 peratus pada 2050.
Katanya, penuaaan penduduk tidak semestinya merupakan suatu keburukan, tetapi adalah hasil daripada pembangunan struktur dan sistem kesihatan yang semakin baik, sekali gus mengurangkan kadar mortaliti dan meningkatkan kelanjutan usia.
Menurut beliau, kebanyakan orang dewasa yang sudah berumur terus tinggal di luar bandar, manakala anak mereka pula berhijrah ke bandar.
Dapatan daripada Kaji Selidik Penduduk dan Keluarga Malaysia 2014 menunjukkan 9.0 peratus daripada golongan tua hanya tinggal bersama pasangan masing-masing.
"Golongan lebih tua ini akan mengalami sindrom kesunyian dan keadaan begini perlu diberi perhatian khas kerana ia boleh menjejaskan kestabilan emosi, kesihatan dan ekonomi golongan tua," katanya.
Chew berkata walaupun kerajaan memberi sokongan dan mempersiapkan perkara yang diperlukan golongan tua, tetapi setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing sebagai persiapan menghadapi hari tua.
"Kita perlu mendidik generasai muda tentang sikap menghargai dan menghormati golongan tua sejak di rumah lagi dan memantapkannya di sekolah," kata beliau.
Chew berkata orang ramai juga perlu diberi kefahaman tentang kepentingan rancangan persaraan demi keselamatan sosial memandangkan dapatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menunjukkan purata tabungan ahlinya yang berusia 54 tahun ialah RM214,923 dalam kalangan lelaki dan RM162,296 bagi wanita.
"Kami benar-benar ingin melihat golongan tua menjalani kehidupan mereka dengan gembira, bermaruah dan dihormati serta diterima keluarga dan masyarakat serta negara secara umumnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2017

Jumlah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas akan menyamai jumlah anak muda, dengan setiap kumpulan mewakili 20 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.

Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA
Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.

Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045
Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.

Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Sebanyak 65 Taska dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.

Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas.

Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.

Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).