Tindakan menyalahkan industri minyak sawit atas bencana jerebu yang sedang melanda Asia Tengggara ketika ini adalah tidak tepat memandangkan perladangan sawit secara amnya bukanlah punca pembakaran berkaitan, menurut Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
Pembakaran di kawasan perladangan secara amnya merebak dari kawasan kejiranan, yang menjadi lokasi bermulanya pembakaran kecil, kata Pengarah Eksekutif, Tan Sri Yusof Basiron.
Beliau berkata salah anggapan sedemikian perlu diperbetulkan malah pendekatan reduksionis yang secara mudah menyalahkan peladang sawit adalah tidak tepat atau tidak konstruktif.
"Tindakan pihak bersikap pilih kasih dengan mengkritik negara-negara membangun dan pada masa sama 'menutup mata' terhadap kebakaran lebih besar (di negara lain) adalah sesuatu yang membimbangkan.
"Tindakan menyalahkan -- berbanding fakta sebenar -- tidak membantu, justeru itu pendekatan lebih serius dan beranalisis perlu ada, yang menyediakan sumber untuk mencegah kebakaran daripada merebak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Yusof berkata kebakaran hutan merupakan isu global, dengan memetik kebakaran besar-besaran di Rusia, Australia dan California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Beliau berkata bagaimanapun tiada gesaan untuk menyekat atau boikot sama ada ke atas barangan Rusia, daging Australia atau tebu.
BACA: Jerebu: Siasat syarikat perladangan Malaysia - Lee Lam Thye
Di Asia Tenggara, kerajaan -- khususnya Singapura dan Indonesia -- telah terbukti mengambil tindakan terhadap pihak terbabit seperti syarikat pengeluar pulpa yang menjadi penyebab sebahagian besar kebakaran di Sumatera.
"Sebaliknya yang terus menjadi sasaran utama kritikan dari luar rantau ini adalah produk minyak sawit -- bukannya produk kertas," katanya.
Yusof menjelaskan pekebun kecil di Asia, Eropah dan kawasan lain di dunia menjadikan pembakaran sebagai antara amalan pertanian secara tebas bakar sejak berabad lamanya bagi tujuan membersihkan kawasan manakala abu tumbuh-tumbuhan memberi manfaat nutrisi kepada tanah.
"Di AS contohnya, jenis pembakaran terbuka masih dijalankan di seluruh negerinya sebagai sebahagian kaedah pengurusan pertanian.
"Bagaimanapun di Asia Tenggara, memulakan pembakaran dengan kaedah itu secara amnya adalah haram dan di banyak negara, pihak yang bertanggungjawab akan dihukum secara keras.
"Ada negara yang memberi pengecualian, lazimnya dibenarkan berdasarkan permit, ini bukan tanggungjawab sektor minyak sawit," katanya.
Yusof berkata menyediakan alternatif bagi pertanian secara tebas bakar kepada pekebun kecil yang miskin adalah unsur penting untuk kemajuan masa hadapan.
"Pembangunan ekonomi, seperti dalam banyak bidang, harus dilihat sebagai penyelesaian yang berpotensi dan bukannya penyebab," katanya.
Mengenai usaha yang boleh dilakukan di rantau ini untuk mengurangkan dan akhirnya mengelakkan bencana jerebu, beliau berkata tidak banyak yang boleh dilakukan kerajaan berikutan musim kering yang berpanjangan, El Nino dan cuaca lebih panas yang mungkin berterusan.
"Bagaimanapun, tindakan sewajarnya telah diambil iaitu Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan telah mewujudkan pusat pemantauan, perkongsian data dan tindakan standard dalam keadaan darurat selain penubuhan panel pakar. (Ini) merupakan langkah penting ke arah pendekatan serantau untuk menangani masalah di peringkat itu," katanya.
Yusof juga menegaskan lebih banyak sumber diperlukan, dengan menekankan Indonesia, memandangkan negara itu memiliki keluasan tanah yang besar, untuk menangani cabaran institusi, seperti mengekalkan kelangsungan agensi pemadam kebakaran yang memerlukan bantuan dan sokongan dari negara rakan.
Beliau berkata negara-negara maju sebaliknya memiliki kapasiti bagi menangani kebakaran.
"California misalnya mempunyai 12,000 anggota pemadam kebakaran, 23 jentera dengan setiap satunya berkapasiti membawa 1,200 gelen air, 14 pesawat taktikal dan 12 helikopter UH-1H Super Huey ditempatkan di 23 pangkalan di negeri itu. Jelaslah banyak lagi tindakan yang perlu dilaksanakan (di Asia Tenggara)," katanya.
Beliau berkata pihak seperti Sekratariat ASEAN, Asian Development Bank dan kumpulan penyelidik sedang meneliti kaedah yang boleh dihasilkan menerusi penyelidikan dan kerjasama selain menambah baik perancangan mengenai perkara tersebut.
"Lebih banyak penyelesaian inovatif berasaskan teknologi juga perlu dibabitkan -- Malaysia mempunyai pesawat untuk pembenihan awam bagi menghasilkan hujan sekiranya keadaan berjerebu semakin buruk tahun ini.
"Kaedah menjatuhkan air dari udara atau 'water bombing', modifikasi cuaca dan operasi penghasilan hujan tiruan juga digunakan di wilayah Indonesia yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019
![Jerebu: Henti tuding jari kepada pengeluar minyak sawit, negara membangun - CPOPC Jerebu: Henti tuding jari kepada pengeluar minyak sawit, negara membangun - CPOPC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568690135_TBHUTANKALIMANTANTE.jpg)
Pekebun kecil di Asia, Eropah dan kawasan lain di dunia menjadikan pembakaran sebagai antara amalan pertanian secara tebas bakar sejak berabad lamanya bagi tujuan membersihkan kawasan. - REUTERS/Fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737256132_TBMohamadHasan.jpg)
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
![Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622886822_BatuFerringhi.jpg)
Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
![2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome 2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734987473_BYDSEAL.jpg)
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
![Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732095995_ASEAN.jpg)
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
![Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723979912_pelancong.jpg)
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
![Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732010247_BursaMalaysia.jpg)
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
![ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730977361_ZambryAbdKadir.jpg)
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
![KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730014349_TBGOBIND.jpg)
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
![Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630941438_TBKASPERSKY.jpg)
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.
![Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726706106_TyphoonYagiHaiPh.jpg)
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.