Keadaan jerebu di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia dilihat semakin pulih berikutan hujan yang turun semalam.

Ini merupakan kali pertama sejak 22 Jun (Sabtu) di mana tiada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di atas 100.

Berdasarkan maklumat 9 pagi tadi, Kota Tinggi, Johor mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu pada bacaan 93.

Balok Baru, Kuantan, Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan IPU sebanyak 73, 72 dan 72, manakala Kemaman, Terengganu dan Banting, Selangor mencatatkan IPU 67 dan 62.

jerebu, haze 9am

Di Johor pula, bacaan IPU di Larkin dan Pasir Gudang juga mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu masing-masing pada 60 dan 64.

Lain-lain kawasan yang masih menunjukkan bacaan IPU sederhana dibawah paras bacaan 60 adalah adalah Miri, Sarawak (57), Seremban, Negeri Sembilan (59), Bandaraya Melaka (55) dan Indera Mahkota, Kuantan (58).

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Johor yang terjejas teruk oleh jerebu pada awalnya telah mula menikmati udara pada tahap sederhana sejak beberapa hari lalu.

Secara keseluruhannya, lain-lain negeri kebanyakkannya mencatatkan bacaan IPU 54 dan ke bawah.