Seramai kira-kira dua juta umat Islam seluruh dunia kini selesai menunaikan ibadat haji selepas menamatkan ibadah melontar di tiga jamrat.
Hari ini, 13 Zulhijah mengikut kalendar Islam, kesemua jemaah selesai melakukan lontaran di Sugra, Wusta dan Kubra.
Namun ada kalangan jemaah lebih awal selesai melakukannya apabila memilih 'nafar awal' iaitu menamatkannya semalam.
Sebahagiannya pula memilih untuk bermabit pada malam 13 Zulhijah iaitu apa yang dinamakan sebagai 'nafar thani' sebelum menamatkan lontaran di tiga jamrat berkenaan.
Kini semua mereka yang bergelar 'haji' dan 'hajah' itu telah kembali ke Makkah dari Mina bagi persiapan pulang ke tanah air.
Sebelum meninggalkan Tanah Suci Makkah, mereka perlu melakukan 'tawaf wada' di Kaabah iaitu tawaf selamat tinggal.
Apabila pulang ke tanah air sudah semestinya jemaah akan membawa seribu kenangan bersama, sepanjang berada lebih 40 hari di tanah suci.
Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan ibadat haji musim ini dengan penerbangan pertama pada 4 Ogos lalu.
Sebanyak 47 penerbangan membawa mereka ke tanah suci sama ada terus ke Madinah atau Jeddah.
Sebelum menunaikan haji iaitu bermulanya wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, jemaah lebih awal melakukan ziarah dan umrah.
Kerajaan Arab Saudi wajar diberikan penghargaan tertinggi apabila berjaya mengawal pergerakan jemaah dunia dengan begitu lancar sekali.
Walaupun kelihatan tegas seperti menguatkuasakan sistem biometrik iaitu pelaksanaan 10 cap jari jemaah dan penguatkuasaan undang-undang lain seperti pemeriksaan di pintu masuk hotel namun sikap 'lemah lembut' mereka terhadap jemaah haji harus dipuji.
Penguatkuasaan undang-undang itu berikutan insiden kren tumbang dan rempuhan tahun lalu yang mengorbankan ramai nyawa jemaah haji termasuk jemaah negara.
Begitu juga kepada lebih 600 petugas Tabung Haji (TH), mereka juga merupakan faktor kejayaan pelaksanaan musim haji tahun ini.
Walaupun ada beberapa dakwaan dangkal terhadap mereka, namun tiada siapa yang dapat menafikan kesantunan petugas terhadap Dhuyufurrahman (tetamu Allah) atau jemaah haji.
Memang tepat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap Malaysia melalui TH ini iaitu agensi terbaik di dunia dalam mengurus jemaah haji.
Sepanjang musim ini hanya 10 jemaah haji negara yang meninggal dunia termasuk seorang ketika di tanah air.
Kini jemaah haji negara sedang menghitung hari untuk pulang bertemu sanak saudara tercinta dengan penerbangan pertama KT02 adalah pada Sabtu ini dan akan tiba di tanah air pada Ahad iaitu 11 pagi.
Semoga mereka memperoleh haji yang mabrur dan lengkaplah slogan TH iaitu 'Bersama santuni Dhuyufurrahman dan pulangnya dengan kemabruran'. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2016

Umat Islam melontar jamrah di Mina pada 13 September 2016. / AFP PHOTO

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jemaah selesai tunai ibadat haji
Hari ini, 13 Zulhijah mengikut kalendar Islam, kesemua jemaah selesai melakukan lontaran di Sugra, Wusta dan Kubra.