MEKAH: Menggunakan wang simpanan bagi menampung perbelanjaan perkahwinannya kira-kira lapan bulan lepas, seorang jemaah haji muda bersyukur kerana sempat mengumpulkan wang bagi menunaikan haji musim 1445H/2024 ini.
Muhammad Rabbani Roslan, 27, berkata timbul kerisauan wang yang ada tidak mencukupi sekiranya dia menerima tawaran menunaikan haji.
"Namun, di saat terakhir, Allah datangkan rezeki, alhamdulillah duit cukup dan dapat terus bayar selepas rayuan mahram berjaya," katanya yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat di sebuah jabatan kerajaan.
Menurutnya peluang menunaikan haji pada usia muda akan digunakan sebaiknya termasuk membantu jemaah lain yang memerlukan bantuan.
"Bagi saya, orang muda pun perlu jaga kesihatan, mungkin ada hikmah dengan usia muda ini kita boleh bantu lebih ramai orang," katanya.
Pasangannya Nur Izzati Thafiqah Samsol Bahari, 25, berkata dia menerima tawaran kali pertama menunaikan ibadah haji ketika pandemik COVID-19, diikuti tawaran kedua pada 2022.
"Tetapi saya minta tangguh kerana kami hendak berkahwin pada tahun lepas. Alhamdulillah disebabkan itu, rezeki saya dapat pergi berdua ke Tanah Suci dengan suami apabila dapat buat rayuan mahram," katanya.
Sementara itu tiga beradik Muhammad Adam Aiman, 21, Mohd Edrisn Al-Fateh, 17, dan Muhammad Nouh Ebdansyakur, 15, dari Kelantan bersyukur kerana dapat menjadi Duyufurrahman dalam usia muda.
Walaupun tanpa kelibat kedua orang tua mereka, tiga beradik itu pandai menjaga diri dan sentiasa berpegang kepada pesanan ibu bapa agar ringan tulang membantu jemaah yang lebih berusia seperti menolak kerusi roda untuk ke masjid.
"Mama papa ada pesan supaya selalu bantu orang tua apabila tunai haji," kata Muhammad Adam yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang.
Disebabkan itu katanya mereka bertiga memilih untuk menyertai Sahabat Maktab, salah satu inisiatif bagi membantu jemaah yang lain.
Selain dapat membantu jemaah dengan kudrat muda yang ada, katanya mereka juga dapat mengeratkan silaturahim dengan jemaah lain selain mengumpul lebih banyak pahala.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Peluang menunaikan haji pada usia muda akan digunakan sebaiknya termasuk membantu jemaah lain yang memerlukan bantuan. - Gambar hiasan/AP

Tiga maut, dua parah kemalangan empat kenderaan
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu.

Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga Ukraine
Namun beliau menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan oleh Presiden Donald Trump sebagai langkah awal ke arah keamanan.

Fenomena buih putih luar biasa cemari pantai
Pembentukan mikroalga akibat keadaan cuaca luar biasa dipercayai menjadi punca pencemaran tersebut.

Angkasawan NASA pulang selepas 9 bulan di angkasa
Kepulangan mereka menandakan berakhirnya misi angkasa yang dipenuhi ketidakpastian serta masalah teknikal.

Gegaran Basel: Fei-Din tumbang awal, Justin terus berjuang
Sze Fei-Nur Izzuddin tewas pusingan pertama Terbuka Switzerland Super 300 di Basel.

Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik
Mohd Said Bani merupakan pengamal komunikasi pertama dari Malaysia menerima anugerah itu.

"Aidilfitri tidak bermakna tanpa abah dan abang"
Nur Atiqah Qistina sebak mengenangkan kesungguhan arwah abangnya mengadakan persiapan menyambut lebaran.

Jenazah dua beranak rentung kemalangan di Tapah selamat dikebumi
Jenazah Abdul Aziz Shafie, 45, dan anaknya, Muhammad Alif Hakymie Abdul Aziz, 23, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai.
Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan sehingga 80,000 kenderaan
Terengganu dijangka sesak apabila menerima kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Melaka tawar parkir percuma, pengangkutan raya
Kerajaan Melaka mengumumkan parkir percuma selama tujuh hari dan pengangkutan khas untuk pelajar kelahiran Melaka yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.

Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.

Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.