KUALA LUMPUR: Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara - UK, Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia - wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari.
"Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah", kata kementerian itu.
Aplikasi baharu itu merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekaligus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.
Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Mekah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara - UK, Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia - wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 22,800 jemaah haji Malaysia sudah berada di Mekah, Madinah - Mohd Na'im
Jumlah itu adalah sebahagian daripada 31,600 orang jemaah haji dari Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Haji: Fokus doa dan solat sunat ketika di Raudah, bukan sibuk mengambil gambar
Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar.

Jemaah haji diingatkan jaga nama baik negara, jangan langgar undang-undang
Perbuatan yang menyalahi undang-undang itu termasuk menyalah guna visa umrah atau pelancongan.

Haji: Rendah diri, sembunyi pangkat dan kedudukan pupuk keakraban rakan sebilik
"Rakan sebilik akan saling membantu kalau ada perkara yang kita tak tahu. Pada saya, bersikap rendah diri akan membolehkan kita lebih akrab."

Kenaikan kos haji diharap seiring kualiti perkhidmatan untuk jemaah
Kos haji meningkat ketara berbanding tahun sebelum ini disebabkan beberapa faktor luar kawalan seperti inflasi dan percukaian.

Jemaah Malaysia lebih bersedia, selesa lakukan umrah dan tertib
Rata-rata jemaah hanya menyuarakan kebimbangan tentang masalah kecil sahaja, yang tidak akan membatalkan ibadah itu.

Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok
Kira-kira 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas bakal tiba, sebelum dibawa ke bangunan Abraj Al-Janadriyyah.

295 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Lembaga Tabung Haji bersyukur atas ketibaan itu, dan ia memecah kerinduan pada senario musim haji selepas dua tahun tertangguh.

Kumpulan kedua petugas haji TH berlepas ke Tanah Suci hari ini
Kumpulan tersebut terdiri daripada sektor kebajikan dan kesihatan akan ditugaskan di Madinah.

Arab Saudi setuju teruskan 'Makkah Route' kepada jemaah haji Malaysia
Inisiatif itu memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa.