Kerajaan Arab Saudi menerusi pengurusan muassasah memberi jaminan kepada Tabung Haji (TH) untuk menyiapkan semua kerja pemasangan khemah di Arafah sebelum ketibaan jemaah haji pada Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sehubungan itu jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang mengenai persiapan logistik di Arafah ekoran berlaku hujan ribut dua hari lepas.
"Jemaah haji dan semua kaum keluarga mereka di Malaysia tidak perlu bimbang kerana semua khemah sedang dipasang dan kerajaan Arab Saudi menerusi pengurusan muassasah memberi jaminan kerja pemasangan itu akan siap sebelum ketibaan jemaah," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan logistik di padang Arafah dekat sini hari ini.
Beliau berkata hujan ribut di Arafah dua hari lepas sebenarnya perkara biasa menjelang hari wukuf malah dua buah masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi menganjurkan solat hajat dan berdoa agar diturunkan hujan bagi membasahi tanah Arafah.
"Cuba kita bayangkan jika tanah di Arafah yang kering dan berdebu dipenuhi oleh berjuta-juta orang... disebabkan itu kita berdoa agar diturunkan hujan," kata beliau.
Jamil Khir juga kesal dengan khabar angin yang tersebar di tanah air kononnya kerajaan Arab Saudi telah menghalang jemaah haji memasuki tanah suci ekoran cuaca buruk dan banjir di Arafah.
"Alhamdulillah... kita ada dua hari lagi dan Insya-Allah persiapan berwukuf akan selesai. Kepada keluarga di Malaysia jangan risau, jangan dengar mana-mana khabar angin, mendengar laporan yang tidak munasabah kononnya banjir di Arafah," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Arafah kembali normal malah khemah untuk jemaah haji Malaysia telah lengkap dipasang dengan permaidani sebagai pelapik lantai dan kawasan sekeliling khemah dihijaukan dengan rumput.
Yang turut hadir melawat persiapan akhir kerja pemasangan khemah dan kemudahan infrastruktur di Arafah itu ialah rombongan pengurusan TH yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Paduka Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Rombongan itu kemudiannya diberi taklimat mengenai persiapan pemasangan logistik di Arafah oleh wakil pengurusan muassasah Arab Saudi Sheikh Tariq Shabana.
Bernama
Fri Oct 11 2013
![Jemaah haji jangan bimbang untuk ke Arafah Isnin ini Jemaah haji jangan bimbang untuk ke Arafah Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41379652311_295x200.jpg)
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi 1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687154272_Wuquf.jpg)
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
![Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718353729_HajiMalaysia.jpg)
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
![Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718331379_ArafahQuranHour.jpg)
Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj
Program yang bertemakan 'Reset Takwa' itu mengangkat dua surah utama sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah.
![Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717987613_TabungHaji.jpg)
Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.
![Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688139130_AlifSatarFaizalT.jpg)
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
![Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620623225_Wuquf.jpg)
Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
![Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/41570224277_950x600.jpg)
Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.
![Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649770263_Wuquf.jpg)
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
![Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/81474871542_flagKelantan.jpg)
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
![Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626737190_Haji.jpg)
Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.