ALOR SETAR: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah membuka tirainya hari ini sehingga Ahad nanti yang berlangsung di pekarangan Stadium Darul Aman di sini.
Pelbagai program menarik disajikan kepada pengunjung jelajah berkenaan antaranya terdapat jualan 'Happy Hour' iaitu seekor ayam dan beras lima kilogram (5kg) pada harga RM10 sahaja selain Karnival Kerjaya Jamin Kerja yang menawarkan lebih 4,000 jawatan kosong.
Selain itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang merupakan kementerian peneraju bagi Jelajah AKM Kedah itu turut mengetengahkan produk usahawan desa dalam Mini Karnival Usahawan Desa menerusi penganjuran Pavilion Usahawan Desa@KPLB pada jelajah berkenaan.
Pengunjung juga berpeluang membayar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pengurangan kadar saman sehingga 50 peratus selain dapat menikmati penukaran minyak enjin motosikal secara percuma anjuran Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada esok dan Ahad sempena jelajah itu.
Sementara itu, perkhidmatan bas shuttle percuma MARA Liner disediakan untuk memudahkan pergerakan pengunjung ke stadium itu setiap sejam sekali bermula pada 9 pagi hingga 9 malam di dua laluan bas iaitu dari laluan Stesen Bas Shahab Perdana dan Pekan Rabu di sini.
AKM-KEDAH 2 (AKHIR) ALOR SETAR
Tarikan lain jelajah itu ialah penampilan penceramah terkenal Datuk Badli Shah Alauddin dan Ustaz Abdullah Khairi menyampaikan ceramah agama dalam Forum Perdana Keluarga Malaysia pada malam ini serta Konsert Gegaq@JAKM yang menampilkan barisan artis tanah air seperti Haqiem Rusli dan Khai Bahar pada malam esok.
Pertunjukan adat kebudayaan serta hasil kraftangan Orang Asli juga akan dipertontonkan kepada pengunjung yang merupakan satu daripada keistimewaan Jelajah AKM Kedah menerusi ruangan Perkampungan Orang Asli yang disediakan pada jelajah berkenaan.
Pengunjung yang bertuah juga akan mendapat kereta Perodua Axia untuk hadiah utama bagi acara cabutan bertuah.
Kemuncak Jelajah AKM Kedah itu ialah majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan merasmikan jelajah itu pada 3 petang nanti selepas beliau menghadiri kenduri rakyat di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang yang dijadualkan pada 11 pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
![Jelajah AKM Kedah bermula hari ini hingga Ahad Jelajah AKM Kedah bermula hari ini hingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662080389_JelajahAspirasi.jpg)
Sebahagian daripada penari sedang melakukan sesi latihan sebagai persediaan bagi penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah. - Foto BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665627439_JKMMelaka.jpg)
Polis Melaka tutup satu laluan sempena Jelajah AKM
Penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.
![Jelajah AKM, isu cerun ketika monsun tumpuan Dewan Rakyat hari ini Jelajah AKM, isu cerun ketika monsun tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Jelajah AKM, isu cerun ketika monsun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai perkara itu akan diajukan Ahli Parlimen Rasah kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
![Jelajah AKM Kedah bermula hari ini hingga Ahad Jelajah AKM Kedah bermula hari ini hingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662080389_JelajahAspirasi.jpg)
Jelajah AKM Kedah bermula hari ini hingga Ahad
Pengunjung juga berpeluang membayar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pengurangan kadar saman sehingga 50 peratus.