KUALA LUMPUR: Impak positif siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ke negeri-negeri dari segi sosial dan ekonomi serta kos yang dikeluarkan dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai perkara itu akan diajukan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Turut dijangka menjadi tumpuan ialah pertanyaan Datuk Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) mengenai perancangan dan persediaan Kementerian Kerja Raya bagi memantau cerun-cerun berisiko tinggi di kawasan Parlimen Cameron Highlands ketika musim peralihan monsun timur laut yang diajukan kepada Menteri Kanan Kerja Raya.
Dalam sesi sama, Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) juga akan mengajukan pertanyaan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai status terkini pemasangan jalur lebar satelit di Sabah berikutan capaian Internet yang masih lemah terutamanya di kawasan luar bandar.
Pada Waktu Pertanyaan Menteri, Azizah juga meminta Perdana Menteri menyatakan status semasa tindakan yang telah dilaksanakan kerajaan berkenaan isu tuntutan pihak yang mendakwa Kumpulan Sulu.
Turut tersenarai ialah pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Kanan Kerja Raya mengenai punca kejadian lubang mendap di tengah-tengah jalan yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang dan tempoh serta kos yang diambil untuk membaikinya selain membangkitkan kejadian serupa di beberapa bandar utama dalam negara sebelum ini.
Persidangan hari ini juga akan menyaksikan pembentangan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Penculikan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Senjata (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.3) 2022 dan Rang Undang-Undang Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 2022 untuk bacaan kali pertama.
Selain itu, mesyuarat juga dijangka tertumpu kepada perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi bacaan kali kedua.
Pada sesi itu, Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijangka mencadangkan penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada rang undang-undang itu dibentang di Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat pada 2 Ogos lepas meluluskan rang undang-undang berkenaan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi membolehkan jawatankuasa itu membuat syor-syor untuk meneliti bahagian penguatkuasaan dalam rang undang-undang itu.
Rang undang-udang berkenaan antaranya akan melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau 'vape' kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) bagi merokok.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 29 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 29 Nov. - Foto fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.