KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melantik Timbalan Ketua Menteri Datuk Jeffrey Kitingan sebagai pengerusi sebuah jawatankuasa yang baru diwujudkan, Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah.
Jawatankuasa itu dipertanggungjawabkan bagi mengumpul input daripada penguat kuasa undang-undang, pemain industri, pemimpin politik dan pemimpin komuniti berhubung cara terbaik menangani isu berkaitan pekerja asing dan keluarga mereka yang tiada dokumen perjalanan lengkap.
Kitingan dalam kenyataan pada Rabu berkata Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju bahawa pendatang asing tanpa izin perlu didakwa dan dihantar pulang dengan segera.
"Negeri kita ini kini dibanjiri dengan kehadiran pendatang tanpa izin yang telah mengambil pekerjaan yang tidak diingini oleh rakyat kita.
"Mereka (pendatang) hilang dari 'radar' kita. Kita tidak tahu di mana mereka berada, siapa mereka, atau apa yang mereka lakukan.
"Jika kita tidak dimaklumkan tentang aktiviti mereka, kita mendedahkan rakyat kita kepada ancaman keselamatan serta berbahaya dari segi kesihatan," katanya.
Kitingan berkata sebagai pengerusi jawatankuasa itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua pasukan penguat kuasa undang-undang, majikan yang mengambil pekerja asing, pemimpin-pemimpin politik serta pemimpin masyarakat.
Menurutnya selepas siri mesyuarat selesai dan data telah dikumpul, jawatankuasa itu akan membentangkan kertas kerja kepada kabinet untuk dibincangkan dengan lebih lanjut, dan diharapkan penyelesaian kepada masalah itu akan ditemui.
"Saya percaya kita akan dapat mencari penyelesaian terbaik kepada situasi ini selepas perbincangan meluas dengan semua pihak berkepentingan.
"Saya telah menetapkan tarikh akhir untuk membentangkan kertas kabinet ini dalam tempoh tiga bulan mulai hari ini, dan diharapkan keputusan itu dapat diterima oleh semua, terutama penduduk Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melantik Jeffrey Kitingan sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah. -Gambar fail/Astro AWANI
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.
Mohamad Sabu bertemu Menteri Pertanian Sabah esok, bincang penanaman padi skala besar
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr J
Raikan Pesta Kaamatan secara bersama seluruh rakyat Malaysia - Jeffrey
Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan tidak terhad diraikan penduduk Sabah semata-mata.
Air Pasang Merah: Kerajaan Sabah larang sementara semua aktiviti libatkan kerang-kerangan
Kerajaan Sabah mengambil langkah termasuk melarang sementara aktiviti penuaian, penjualan dan memakan kerang-kerangan dari kawasan yang terkesan dengan air pasang merah.
Politik Sabah: Bung Moktar digugurkan dari kabinet
Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
"Kita harap satu hari nanti jawatan PM, TPM dari Sabah dan Sarawak" - Jeffrey
Penambahan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak merupakan satu pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu yang membantu dalam usaha pembentukan Malaysia.
Gaji ADUN Sabah antara terendah di Malaysia - Jeffrey Kitingan
Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.
Jawatankuasa khas Sabah bentang laporan pendataan digital PATI 27 Jun ini
Kerajaan negeri Sabah sedang dalam proses mengumpul data semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
Segera adakan sesi libat urus tangani isu PTI Sabah - Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, sesi tersebut perlu melibatkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu, tanpa mengira parti politik.