KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah dalam proses mengumpul data semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
Menerusi kenyataan ringkas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pendataan digital penting sebagai usaha ke arah pemberian Kad Warga Asing (Foreigner Card) untuk PATI di negeri itu.
‘’Jawatankuasa Khas Kabinet bersama pihak berkepentingan sedang memantau perkara ini dan akan membentangkan laporan kepada Kabinet Sabah pada 27 Jun ini untuk tindakan lanjut.
‘’Biarkan Sabah meneliti perkara ini terlebih dahulu dan mendapatkan fakta mengenai perkara ini (sebelum pemberian kad),’’ katanya.
Tambahnya, tanpa data ini, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan pengeluaran Kad Warga Asing di negeri itu.
Pada 9 Jun lalu, Jeffrey memaklumkan, kerajaan negeri sedang melakukan pendataan digital sebelum memutuskan untuk mengeluarkan Kad Warga Asing.
Keputusan itu dibuat selepas mendapat konsesus majoriti pada sesi townhall pada Khamis.
Selain itu, Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk mendatakan warga asing secara digital tetapi belum yakin dengan idea mengeluarkan kad identiti kepada golongan itu.
Ketua Pakatan Harapan Sabah Datuk Christina Liew berkata, pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu idea tersebut.
BACA: Kad Warga Asing belum muktamad, jangan buat andaian terburu-buru - Hajiji
Pada Februari, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa pemberian Kad Warga Asing (Foreigner Card) kepada PATI di Sabah bukan keputusan muktamad sebaliknya akan dibincangkan secara lanjut oleh kerajaan negeri.
Cadangan itu tidak melibatkan pemberian kad pengenalan mahupun dokumen kepada warga asing termasuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan.
Malah menurutnya, pelaksanaan pemberian itu perlu melalui penelitian rapi dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak.
Astro Awani
Wed Jun 15 2022
Tambahnya, tanpa data ini, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan pengeluaran Kad Warga Asing di negeri itu. FOTO: Astro AWANI
Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.
Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia
Interpol memperkenalkan alat baharu dikenali sebagai Notis Perak bagi mempertingkat usaha mengesan aset milik penjenayah.
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
BN tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan di Sabah - Najib
Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.
Jawatankuasa khas Sabah bentang laporan pendataan digital PATI 27 Jun ini
Kerajaan negeri Sabah sedang dalam proses mengumpul data semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
Tuntutan hak Sabah dalam MA63 akan terus diperjuangkan - Hajiji
Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan hak negeri Sabah akan terus diperjuangkan berteraskan semangat Keluarga Malaysia.
Mesyuarat Khas Parlimen: Bekalan vaksin COVID-19 di Sabah perlu dipertingkatkan - Bung Moktar
Bekalan vaksin COVID-19 perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa di Sabah memandangkan negeri itu turut didiami warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di Sabah tumpas
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan sembilan warga asing dalam serbuan Ops Serkap pada 5 dan 6 Jun lalu.