KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan, esok bagi membincangkan penanaman padi berskala besar di negeri itu.
Mohamad berkata ini merupakan antara usaha kementerian dalam menangani isu keterjaminan makanan berkaitan beras selain akan berbincang mengenai kerjasama dengan pihak swasta untuk menjayakan perkara itu.
"Kita akan buka ladang-ladang padi kita di Sabah tak lama lagi dan esok saya akan jumpa Menteri Pertanian Sabah untuk bincang bagaimana nak menanam padi secara berskala besar di sana. Usaha ini kalau kita buat dengan teknologi dan cara yang betul insya-Allah kita boleh capai.
"Kita akan cari jalan yang terbaik bagaimana nak hadapi masalah (bekalan beras) ini dalam jangka masa panjang, dalam jangka masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavillion Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata dalam menangani isu keterjaminan makanan, kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri diperlukan memandangkan bidang kuasa tanah terletak pada mereka.
Mengulas mengenai segelintir pihak yang menyalahgunakan tanah pertanian bagi tanaman padi kepada tanaman lain, Mohamad mengakui perkara itu berlaku mungkin disebabkan masalah pengairan di kawasan terlibat dan kementerian akan mengambil perhatian khas mengenai perkara terbabit.
Sementara itu, Mohamad berkata beliau telah mengarahkan agensi-agensi di bawah KPKM untuk memperkenalkan barangan keluaran Malaysia di luar negara terutamanya makanan susulan nilai eksport ke luar negara yang tidak seimbang.
"Import barang-barang makanan ke Malaysia dalam lingkungan RM75 billion, kita eksport di sekitar RM40 billion masih lagi tidak seimbang. Ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebentar tadi menekankan soal memperkenalkan barangan buatan Malaysia khasnya dalam pemakanan.
"Kita juga ada pegawai di Rom (Itali), Amerika Syarikat, cuma kita harap mereka lebih aktif lagi dan badan-badan di bawah KPKM kita harap dapat bekerjasama dengan lebih hebat terutama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang paling utama," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk tidak melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu Dr Azman Ibrahim dalam program anjuran jabatan dan agensi di bawah KPKM di negeri itu.
"Tiada arahan apa-apa, kerja mereka ni memang suka berbohong," katanya.
Azman, menerusi hantaran di Facebook semalam mendakwa beliau menerima isyarat daripada beberapa ketua jabatan dan agensi di bawah KPKM yang berada di negeri itu bahawa ada arahan tidak bertulis daripada kementerian untuk tidak lagi melibatkannya dalam program-program jabatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![Mohamad Sabu bertemu Menteri Pertanian Sabah esok, bincang penanaman padi skala besar Mohamad Sabu bertemu Menteri Pertanian Sabah esok, bincang penanaman padi skala besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694511177_matsabu.jpg)
Mohamad Sabu berkata ini merupakan antara usaha kementerian dalam menangani isu keterjaminan makanan berkaitan beras selain akan berbincang mengenai kerjasama dengan pihak swasta untuk menjayakan perkara itu. - Foto BERNAMA
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
ASEAN 2025 | 12 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737892422_DatukSeriMohamadS.jpg)
Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.
![Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama - Mat Sabu Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737847289_MohamadSabu.jpg)
"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.
![Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737782977_MohamadSabu.jpg)
Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.
![Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737783426_tbKonvensyenNasiona.jpg)
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
![Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737782977_MohamadSabu.jpg)
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
![Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737434305_YusofMohamad.jpg)
Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.
![Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736757132_TBSABU.jpg)
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
![Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736586034_MohamadSabu.jpg)
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735368216_MohamadSabudurian.jpg)
Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
![Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735367814_Pemborongkelapa.jpg)
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.