Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti enam kawasan berisiko mati lemas di seluruh negara, tahun ini, kata Ketua Pengarah Datuk Mohammad Hamdan Wahid.
Beliau berkata ia membabitkan lima kawasan sungai di Kedah, Perak dan Sabah serta satu kawasan air terjun di Terengganu dengan kematian akibat lemas direkodkan seramai 14 orang di kawasan terbabit, sehingga Oktober lepas.
"Kadar kematian akibat lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda berbanding mangsa kebakaran sejak 2018. Kebanyakan mangsa lemas ini merupakan pelajar sekolah dan kebiasaannya mangsa adalah orang luar dan bukan penduduk tempatan di kawasan itu," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Awam 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini yang turut dihadiri Naib Canselor USIM Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin.
Bagi 2016 hingga 2018, JBPM merekodkan sebanyak 15 kawasan dikenal pasti berisiko tinggi mati lemas membabitkan lima kawasan sungai di Sabah, Selangor dan Kelantan, empat kawasan air terjun di Selangor, Terengganu dan Pahang, tiga kawasan pantai di Kelantan dan Pulau Pinang dan tiga kawasan tasik, lombong dan empangan di Selangor, dengan kekerapan insiden mati lemas lebih daripada lima mangsa.
Selain itu, sebanyak 39 kawasan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko mati lemas membabitkan sembilan kawasan sungai di Kedah, Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, lima kawasan air terjun di Terengganu, Selangor, Pahang dan Perak, lima kawasan tasik, lombong, empangan dan jambatan di Johor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak serta 20 kawasan pantai di Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, Kelantan, Perak, Sabah, Selangor dan Pahang, bagi tempoh 2016 hingga 2018.
Ia membabitkan kekerapan insiden mati lemas kurang daripada lima mangsa.
Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata 80 peratus daripada keseluruhan 15,000 anggota JBPM dibekukan cuti sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut yang dijangka berlaku bermula bulan ini sehingga bulan hadapan.
Mengenai majlis berkenaan, beliau berkata program Bomba Bantuan Siswa Universiti Awam akan diperluaskan ke universiti awam yang lain dan setakat ini, selain USIM, universiti lain yang turut mempunyai pegawai bomba siswa adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sarawak (UMS) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Terdahulu, seramai 168 orang Pegawai Bantuan Siswa terdiri daripada 42 pelajar USIM, UiTM (51) dan UTHM (75) berjaya ditauliahkan setelah menjalani 120 jam kredit latihan kebombaan, iaitu selama tiga semester pengajian di universiti masing-masing.
Pada majlis itu, Mohamed Ridza, Pendaftar USIM Datuk Muhammad Haizuab Rozali, pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi USIM Prof Madya Dr Nurlida Basir dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UiTM Prof Dr Azizan Abdullah, menerima Pingat Kehormat JBPM yang disampaikan Mohammad Hamdan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 17 2019
Kadar kematian akibat lemas di seluruh negara setiap tahun adalah tiga atau empat kali ganda berbanding mangsa kebakaran sejak 2018. - Gambar hiasan
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Insiden kepala air Ulu Slim: 15 individu dikhuatiri terperangkap di Risda Eco Park
Dalam kejadian jam 6 petang itu kesemua mereka dipercayai tidak dapat keluar dari kawasan itu untuk menyelamatkan diri susulan kepala air.
"Mama Yani" teruskan misi, fokus perkasa bomba di Perak
Menjadi seorang wanita bukan satu halangan untuk Mama Yani memimpin walaupun majoriti anggota bawahannya lelaki.
JBPM terima perolehan aset dan penambah baikan fasiliti RM291.4 juta - Reezal
Perolehan itu bagi memperkukuhkan agenda kementerian berkenaan dalam mengukuhkan perkhidmatan bomba dan penyelamatan negara.
JBPM Kelantan kenal pasti kawasan dijangka berlaku kebakaran pada musim kemarau
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti beberapa kawasan seperti hutan dan tanah gambut yang akan berlakunya kebakaran apabila musim kemarau di negeri itu.
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing
Operasi mencari mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, diteruskan bermula 9 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Misteri bau busuk terungkai, mayat warga emas ditemui di dalam rumah
Misteri bau kurang menyenangkan dari sebuah rumah di Taman Ipoh, di sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas di temui di bahagian dapur rumah itu, hari ini.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.
Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.
Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas
Cubaan membunuh diri atau mangsa yang telah meninggal dunia mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Banjir: Cuti bomba Kelantan dibekukan hingga tamat monsun
Anggota JBPM diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi situasi banjir susulan amaran hujan berterusan di Kelantan.