KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti beberapa kawasan seperti hutan dan tanah gambut yang akan berlakunya kebakaran apabila musim kemarau di negeri itu.
Pengarahnya Zainal Madasin berkata lebih 1,000 pegawai dan anggota berada dalam siap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan berkenaan.
"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah tanah gambut dan kawasan tanah lapang (lalang) di Bachok dan Tok Bali, Pasir Puteh dan kita terpaksa mengambil masa lama untuk mengawal kebakaran itu ketika musim kemarau ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadari Majlis Aprisiasi JBPM-Media di Ibu Pejabat JBPM Kelantan dekat Tunjong, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zainal berkata dengan kekuatan anggota dan logistik yang ada, pihaknya mampu menangani kebakaran di negeri itu selain bekerjasama dengan beberapa agensi bencana yang lain.
"Kita telah mengadakan bengkel untuk pengurusan kebakaran tanah gambut dengan Jabatan Alam Sekitar yang kerap berlaku ketika musim kemarau selain memantau keadaan cuaca berdasarkan maklumat disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
"Malah, semua aset logistik berkaitan seperti pengangkutan, sistem pam dan sumber air turut dipastikan dalam keadaan baik selain dron dan helikopter bagi memantau lokasi yang berlaku kebakaran dari udara," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zainal berkata sepanjang Januari sehingga semalam, pihaknya menerima 1,529 panggilan kecemasan melibatkan 275 panggilan kebakaran, 406 panggilan penyelamatan dan 847 panggilan tugas-tugas khas dengan kerugian berjumlah RM 76 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata lebih 1,000 pegawai dan anggota berada dalam siap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

JBPM Kelantan selamatkan empat remaja dihanyut banjir
Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Hebatnya kakak bomba!
Kaki mangsa tidak boleh terkena air kerana akan memburukkan lagi kesihatannya.