KUALA LUMPUR:Awalnya mengalami kemurungan dan seterusnya ambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Perihal cubaan bunuh diri bukan satu perilaku yang boleh dipandang remeh meskipun ada dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan daripada membiarkan nyawa mereka melayang secara sia-sia.
Melihat kepada statistik tahunan, kes-kes yang melibatkan cubaan membunuh diri atau mangsa yang telah meninggal dunia mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jika dibandingkan dalam tempoh dua tahun ini, tahun 2019 merekodkan 188 kes yang dihadiri oleh bomba manakala tahun 2020 sehingga 30 November, ia telah meningkat kepada 226 kes.
“Jadi ia menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun lepas. Jika kita bandingkan pula tahun 2020 dengan 2018, peningkatan adalah lebih tinggi kerana pada tahun 2018, kita telah hadir kepada 167 kes. Secara perbandingan dengan tahun ini, peningkatan sebanyak 35 peratus.
“Selain daripada itu, saya dapati juga bahawa kalau tengok kepada trend dari segi jantina, tidak berlaku perubahan yang ketara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI baru-baru ini.
Tambah Nor Hisham, peratusan masih menunjukkan kadar yang sama iaitu 55 ke 60 peratus adalah lelaki, manakala selebihnya lebih kurang 40 ke 45 peratus merupakan wanita.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, apabila melihat kepada cubaan membunuh diri dan berdasarkan pengalaman, lazimnya mangsa lebih kepada berbelah bahagi antara untuk membunuh diri atau sebaliknya.
“Dalam kes bunuh diri, tahun ini kita dapati ada 11 kes memang sudah meninggal dunia, maksudnya kita hadir dan mangsa telah meninggal, manakala selebihnya itu berjaya kita selamatkan.
“Salah satu daripada elemen utama yang kita terapkan pada pegawai ialah kita ada do’s and dont’s. Boleh buat dan tak boleh buat. Saya dapati bahawa maklum balas daripada anggota ialah orang yang bunuh diri ini lebih kepada sama ada kita boleh memberi empati kepada mereka atau tidak.
“Maksudnya menyelami perasaan mereka. Jadi kalau kita boleh menyelami permasalahan mereka itu, dapat memujuk mereka, dapat membawa mereka melihat balik keputusan yang mereka nak buat. Bunuh diri ini betul ke tidak. Selalunya mangsa ini akan tone down, mengubah keputusan dan dapat diselamatkan dengan kaedah yang tidak memerlukan kekerasan,” jelasnya.
Dalam usaha menyelamatkan mangsa, anggota bomba adakalanya terpaksa mempraktikkan kemahiran yang lebih tinggi dan lazimnya menggunakan tali.
Anggota yang menggunakan tali akan membuat serbuan mengejut kepada mangsa yang boleh diselamatkan dan kemudian ambil tindakan drastik selagi ia tidak membahayakan penyelamat dan mampu menyelamatkan mangsa.
“Saya tengok pada trend yang paling tinggi ialah cubaan bunuh diri di bangunan (tinggi).
“Cuma kalau yang sungai, kebanyakan mangsa telah terjun dan ada saksi yang melihat dan kita lebih kepada mencari dan menyelamat.. tapi yang ketara sekali (cubaan bunuh diri) di bangunan,” ujarnya.
Menyentuh mengenai peratusan kelompok paling besar dalam cubaan membunuh diri, beliau berkata, kebanyakan mangsa merupakan daripada golongan tenaga kerja aktif iaitu dalam lingkungan usia 16 hingga 60 tahun.
Masyarakat kadangkala perlu peka dengan perubahan seseorang individu terutamanya pada masa ini ramai yang kehilangan pekerjaan, syarikat tidak mampu bertahan dan ia sekali gus menjurus ke arah perubahan diri mangsa.
“Jadi apabila berlaku perubahan diri ini, selalunya mangsa ini dia lebih kepada nak bercerita tentang permasalahan itu. Jadi sebagai anggota masyarakat, bagi saya tidak salah kiranya apabila orang itu bermasalah kita luangkan masa mendengar dan pada masa yang sama menasihat.
“Keduanya, saya lihat juga kepada isu apabila orang bermasalah dan cubaan bunuh diri selalunya trend bahawa dia akan katakan dua tiga kali mengugut, niat itu maksudnya memaklum.
“Jadi kita kena dekati mereka, empati pada mereka dan kalau yang lebih baik, kita ada platform yang memberikan perkhidmatan kaunseling untuk diberikan.
“Kalau bomba ini bukan pakar dalam memberi kaunseling, tetapi kita ada platform yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan. Kalau kewangan, ada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan kita juga ada pegawai kaunseling di hospital-hospital,” jelas Noor Hisham.
Justeru, Nor Hisham menyarankan agar masyarakat memberi sokongan kepada mangsa-mangsa dan yakinkan mereka bahawa bukan satu dosa atau kesalahan untuk mendapatkan pandangan daripada pihak ketiga.
Mulakan langkah dan hentikan stigma. Kita semua boleh mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih bermakna!
Sahlizah Mohamed
Sun Dec 13 2020
Trend bunuh diri naik mendadak melibatkan sehingga 60 peratus daripada mangsa adalah lelaki. - Gambar hiasan/Pixabay
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Israel bunuh 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu
Serangan kejam itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menamatkan lawatan terbarunya ke rantau itu.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga 26 Ogos.
Doktor India lanjut mogok hingga tuntutan dipenuhi
Antara lain, mereka menggesa persekitaran kerja lebih selamat susulan kematian seorang doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh.
Protes merebak di India selepas kes rogol, bunuh doktor
Doktor di seluruh India telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan enggan merawat pesakit bukan kecemasan pada minggu lalu.
Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.