Pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina Nik Abdul Aziz mengakui penat dengan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang masih mahu meneruskan rayuan kepada mahkamah terhadap dirinya.
Nik Raina berkata demikian apabila merujuk kepada notis rayuan Jawi kepada Mahkamah Rayuan Syariah yang diterimanya pada 12 Mac lalu dalam kes penjualan buku kontroversi "Allah, Kebebasan dan Cinta" karya Irshad Manji.
Wanita tersebut dalam kenyataan rasmi kepada media pada Rabu turut merayu agar Jawi berpegang kepada keputusan Hakim Syarie sebelum ini.
“Saya berasa sangat lelah dengan kerenah Jawi yang tidak habis-habis meneruskan tindakan yang tidak membawa manfaat kepada sesiapa jua.
"Saya berasa sangat tertekan dan merayu kepada pemimpin negara supaya dapat memerhatikan tindakan Jawi ini yang menjemukan rakyat awam termasuk masyarakat Islam," keluhnya.
Pada Disember lalu, Nik Raina telah dilepaskan oleh tiga mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Rayuan Sivil dan Mahkamah Tinggi Syariah.
Beliau berasa ia telah muktamad selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, namun masih tertanya-tanya motif Jawi dengan tindakan rayuannya.
"Saya berasa hairan dengan tindakan Jawi itu setelah menyerahkan kepada Hakim Syarie untuk membuat keputusan. Apakah, Ketua Pendakwa Syarie Jawi tidak menghormati perintah dari mahkamah?
"Apakah Jawi tidak menghayati kata-kata Hakim Syarie Tuan Mohd Amran Mat Zain 'supaya perkara ini tidak dilihat sebagai satu kontradiksi atau kesalahan atau percanggahan antara sistem perundangan'?
"Apakah keuntungan yang diperolehi Jawi dari terus mengasak dan memangsakan saya?" kata Nik Raina yang telah tiga tahun mengharungi kes itu.
Nik Raina di dalam kenyataannya itu jelas menunjukkan tertekan apabila kes tersebut telah membuat majikannya terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membela dirinya.
Nik Raina turut menegaskan, sekiranya jika perkara ini berterusan dan selepas ini beliau tidak lagi berkerja di Borders, beliau mungkin menghadapi masalah kerana tidak akan mampu untuk membayar kos guaman.
"Saya merayu kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan untuk menegur Jawi supaya mempunyai kebijaksanaan dalam tindak-tanduknya.
"Saya bukan penulis buku itu. Saya bukan pemilik kedai buku itu. Jawi juga tahu bahawa saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan jenis dan tajuk buku yang dijual di Borders Bookstore.
"Kesalahan saya hanyalah kerana saya merupakan pengurus stor berbangsa Melayu, beragama Islam yang pada pandangan Jawi boleh dijadikan 'kambing hitam' untuk menunjukkan kekuasaan Jawi.
"Saya meminta supaya kebebasan diri saya dikembalikan. Saya meminta supaya hak-hak saya di bawah Perlembagaan Persekutuan dipelihara," katanya lagi.
Nik Raina, 38, ditahan pada 30 Mei 2012 dan didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana 'menyebar dan mengedar' dengan kaedah menjual buku itu.
Beliau didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Jun 2012, dan pada 22 Mac tahun lalu Mahkamah Tinggi membuka peluang perbicaraan semula kepada Berjaya Books Sdn Bhd, pemilik kedai buku Borders Malaysia.
Bagaimanapun, pada 30 Disember lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa serbuan dan rampasan buku Irshad Manji oleh Jawi di kedai buku Borders tidak sah di sisi undang-undang kerana dibuat tanpa sebarang pengumuman larangan atau pengharaman oleh pihak kementerian.
Azyyati Ahmad
Wed Mar 25 2015
!['Jawi, tolong lepaskan saya dari penindasan ini' - Nik Raina 'Jawi, tolong lepaskan saya dari penindasan ini' - Nik Raina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51426594741_295x200.jpg)
NIK RAINA: Saya dijadikan 'kambing hitam' untuk Jawi menunjukkan kuasa mereka
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Kes Nik Raina dan Jawi diteruskan ke Mahkamah Persekutuan Kes Nik Raina dan Jawi diteruskan ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51426594741_295x200.jpg)
Kes Nik Raina dan Jawi diteruskan ke Mahkamah Persekutuan
Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Jawi telah bertindak di luar bidang kuasanya apabila mendakwa Nik Raina.
![Jawi, pergi buat kerja lain selain kacau Nik Raina - Syahredzan Jawi, pergi buat kerja lain selain kacau Nik Raina - Syahredzan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51415354723_295x200.jpg)
Jawi, pergi buat kerja lain selain kacau Nik Raina - Syahredzan
Jawi diminta menumpukan kepada perkara lain selain meneruskan tindakan terhadap Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa atas kesalahan menyebar dan mengedar buku kontroversi karya Irshad Manji.
![Jawi perlu tahu beza kuasa pengurus dan Lembaga Pengarah Borders - Ibdil Jawi perlu tahu beza kuasa pengurus dan Lembaga Pengarah Borders - Ibdil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71424349356_295x200.jpg)
Jawi perlu tahu beza kuasa pengurus dan Lembaga Pengarah Borders - Ibdil
Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Jawi membezakan tahap jawatan serta kuasa yang ada pada pengurus kedai buku, Nik Raina Abdul Aziz dengan Lembaga Pengarah Borders sendiri.
![Nik Raina dilepas tanpa dibebaskan dalam kes sebar buku Irshad Manji Nik Raina dilepas tanpa dibebaskan dalam kes sebar buku Irshad Manji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81397627682_295x200.jpg)
Nik Raina dilepas tanpa dibebaskan dalam kes sebar buku Irshad Manji
Mahkamah melepaskan tanpa membebaskan pengurus kedai Berjaya Books, Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa atas kesalahan menyebar dan mengedar buku kontroversi karya Irshad Manji.
![Tak boleh tidur? Baca lah buku terbaru saya - Tun M Tak boleh tidur? Baca lah buku terbaru saya - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/81414837985_295x200.jpg)
Tak boleh tidur? Baca lah buku terbaru saya - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan buku terbarunya, 'The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad' yang diterbitkan oleh Editions Didier Millet (EDM).