Sebuah jawatankuasa kerja akan ditubuhkan kerajaan dalam usaha memastikan universiti di negara ini dapat melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak pasaran semasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan supaya kita dapat wujudkan kerjasama antara akademia dan pasaran. Semua program kita mesti berdasarkan kepada kedua-dua aspek ini.
"Iaitu rancangan dari segi universiti (untuk melahirkan modal insan) dan juga kita nak apa yang diperlukan oleh pasaran (dipenuhi)," kata Najib pada majlis perjumpaan khas bersama peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di ibu negara petang ini.
Tambahnya, pasaran pada masa kini memerlukan modal insan yang mempunyai keyakinan tinggi selain mampu berkomunikasi dengan baik terutama dalam Bahasa Inggeris.
Najib berkata kurikulum universiti juga perlu melibatkan elemen komunikasi, kemahiran insaniah, pemikiran kreatif, bekerja secara berdikari dan sebagai satu pasukan.
Jika pihak universiti berjaya mewujudkan kurikulum dan latihan berkesan, katanya kebergantungan graduan kepada program SL1M dapat dikurangkan.
"Jika universiti boleh mengambil alih latihan ini, kita boleh kurangkan SL1M kerana program ini agak mahal kosnya," kata beliau.
Malah, katanya kerajaan sedia memberi lebih peruntukan kepada universiti yang mampu melahirkan graduan yang diperlukan pasaran.
Justeru itu, kebolehpasaran graduan akan dijadikan indeks prestasi utama (KPI) bagi sesebuah universiti, jelas beliau.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 11 2015

Najib (empat, kiri) bergambar bersama dengan sebahagian daripada Ketua Pegawai Eksekutif GLICs dan GLCs serta Naib Canselor Universiti yang menghadiri majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama graduan SL1M - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sabah komited laksana pembangunan, kemakmuran ekonomi pada 2025 - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk terus melaksanakan pembangunan dan mewujudkan peluang kemakmuran ekonomi bagi rakyat negeri itu pada 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Malaysia hargai negara APT atas sokongan perkukuh rantaian bekalan makanan serantau
Malaysia menyampaikan ucapan penghargaan kepada negara ASEAN Campur Tiga (APT) atas komitmen dan sokongan diberikan dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan serantau.

Sabah peruntuk RM470 juta bagi pembangunan modal insan - Hajiji
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta bagi tujuan pembangunan modal insan tahun ini termasuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.

Sabah perkasa belia melalui pelbagai program - Hajiji
Agenda pembangunan modal insan akan terus diberi penekanan dalam usaha melahirkan insan berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama.

Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN
Penjawat awam diingatkan untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesional serta berintegriti terutama sekali dalam era pascanormal yang mencabar dan ketidaktentuan.

Malaysia perlu tangani cabaran tenaga kerja bagi jayakan pelan ekonomi - Tengku Zafrul
Tanpa modal insan serta pengurusan bakat yang tepat, sukar bagi negara untuk merealisasi impian dan aspirasi menjadi sebuah negara perindustrian.

Malaysia harus tangani isu struktur untuk bawa masuk FDI - Ahli ekonomi
Malaysia harus tangani isu-isu struktur terutamanya untuk menambah baik modal insan, sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan untuk membawa masuk FDI ke dalam negara.

17 institusi TVET China setuju sedia 2,000 kuota latihan kepada pelajar Malaysia
Sebanyak 17 institusi TVET di China bersetuju menyertai MCI serta menyediakan 2,000 kuota latihan kemahiran kepada pelajar dari Malaysia.

Rezab simpanan tunai Sabah RM6.78 bilion - Hajiji
Rezab simpanan tunai kerajaan Sabah kini pada tahap RM6.78 billion, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

Institusi pendidikan dan latihan perlu tumpu integriti, tata kelola baik - KSN
Mohd Zuki berkata ia juga selari dengan konsep membangun Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.