KUALA LUMPUR: Malaysia harus menangani isu-isu struktur terutamanya untuk menambah baik modal insan, sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan untuk membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Datuk Prof Emeritus Norma Mansor berkata, walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi global dengan ketegangan geopolitik, Asia dilihat sebagai salah satu wilayah yang berkembang maju, menyumbang sebanyak 70 peratus pertumbuhan global.
Bagaimanapun, beliau berkata, kemasukan FDI ke Malaysia semakin perlahan kerana ia kurang menerima FDI berbanding negara lain di rantau ini.
"Faedah FDI ialah ia membawa masuk teknologi dan pengetahuan dan pada masa sama ia juga akan membantu Malaysia menyertai rantaian bekalan global. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas, 80 peratus pekerjaan yang dihasilkan daripada FDI adalah pekerjaan separuh mahir dan peringkat bawahan," katanya ketika ditemui Bernama di luar Forum Tinjauan Strategik dan Ekonomi Global (GESOF) 2024 di sini hari ini.
GESOF dianjurkan bersama oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific, The Economic Club of Kuala Lumpur dan World Digital Chamber.
Beliau berkata, produktiviti Malaysia juga semakin perlahan, justeru wujud keperluan untuk menambah baik isu melibatkan modal insan.
"Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tambah tinggi kerana ia juga bermakna pekerja menerima gaji tinggi. Gaji di Malaysia secara relatifnya lebih rendah berbanding dengan rantau seperti Vietnam dan Thailand terutamanya jika anda bercakap mengenai peringkat pertengahan dan tinggi dalam organisasi.
"Ini juga dikaitkan dengan aspek pekerjaan yang lain iaitu 'brain drain' (penghijrahan cendekiawan)," katanya.
Gaji progresif yang dicadangkan oleh kerajaan boleh menyumbang ke arah kenaikan gaji ditambah dengan lebih banyak aktiviti nilai tambah dan pekerjaan berpendapatan tinggi, katanya.
Sehubungan itu, cadangan untuk beralih kepada pendigitalan bagi peningkatan teknologi akan menyokong menambah baik produktiviti dan ekonomi negara, katanya.
Beliau juga berkata, mempunyai jaminan keselamatan sosial yang baik untuk pekerjaan sehingga meningkatkan kos menjalankan perniagaan bukanlah faktor yang akan menghalang FDI, bertentangan dengan kebanyakan pendapat popular mengenainya.
"Pendapat itu tidak benar kerana daripada tinjauan dalam kalangan industri yang menjalankan perniagaan di Malaysia, kami mendapati kos keselamatan sosial tidak menjadi penghalang. Sebenarnya, keselamatan sosial yang lebih baik akan menggalakkan produktiviti lebih tinggi dan menarik lebih ramai individu yang layak untuk menyertainya.
"Sehubungan itu, mempunyai perlindungan keselamatan sosial inklusif akan menyokong pekerjaan yang rakyat Malaysia mahukan," katanya.
Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli berkata, langkah kerajaan berhubung dasar fiskal perlu jelas kerana pelabur perlu menentukan harga dalam perubahan untuk mengukur risiko pelaburan mereka.
Mengenai langkah rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, beliau berkata garis masa untuk pelancaran dan mekanismenya perlu dipastikan.
Bagi unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pula, beliau berkata, dengan mengandaikan bahawa rasionalisasi subsidi tidak memberikan sebarang kesan buruk, AmBank melihat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus untuk Malaysia tahun ini dengan potensi peningkatan untuk perdagangan.
"Kami menjangkakan eksport semikonduktor menjadi positif mulai suku kedua dan seterusnya dengan lebih ramai kemasukan pelancong dari China berikutan dasar pengecualian visa untuk menyokong pertumbuhan," katanya.
Dari segi inflasi, beliau berkata, Ambank menjangka ia berada pada tiga peratus tahun ini, berpotensi meningkat berikutan rasionalisasi subsidi.
"Selain itu, kadar pengangguran akan terus menurun ke paras sebelum pandemik sebanyak 3.2 peratus tahun ini, ia merupakan petunjuk positik tetapi pertumbuhan gaji tahun ini tidak akan sebaik tahun lepas berikutan kesan asas yang lebih rendah sebelum ini, " katanya.
Mengenai ringgit, beliau berkata, bank itu menjangkakan unit tempatan melonjak kepada RM4.50 berbanding dolar US dengan harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar faedah yang pertama.
"Bagaimanapun, susulan pasaran buruh semasa AS terus kukuh, kami menjangkakan kadar faedah AS kekal tinggi dalam tempoh terdekat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
![Malaysia harus tangani isu struktur untuk bawa masuk FDI - Ahli ekonomi Malaysia harus tangani isu struktur untuk bawa masuk FDI - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51447947726_foreigndirectinves.jpg)
Malaysia harus menangani isu-isu struktur terutamanya untuk menambah baik modal insan, sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan untuk membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara. - Gambar hiasan
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737545863_DonaldTrump.jpg)
Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL
Malaysia bersedia untuk memanfaatkan peluang besar susulan kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS, terutama dalam menarik FDI dan meningkatkan potensi eksport.
![Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732587790_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
![Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729549293_TBTrump.jpg)
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
![Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730430363_NiklasWiberg.jpg)
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
![Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660582290_MaybankInvestment.jpg)
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712037075_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
![MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712404882_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
![InvestKL raih FDI tertinggi RM8.7 bilion pada 2023, lonjakan 300 peratus InvestKL raih FDI tertinggi RM8.7 bilion pada 2023, lonjakan 300 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658935702_investkl.png)
InvestKL raih FDI tertinggi RM8.7 bilion pada 2023, lonjakan 300 peratus
InvestKL berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah RM8.7 bilion pada 2023 yang merupakan lonjakan sebanyak 300 peratus daripada RM2.79 bilion pada 2022.
![Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis
Mata wang Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI) yang direkodkan ketika ini masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir.
![Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2024 Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707383914_WestportsPortKlang.jpg)
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2024
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada 2024, mendapat rangsangan daripada perbelanjaan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI).