KUALA LUMPUR: Mata wang Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI) yang direkodkan ketika ini masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir.

Profesor Adjung Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, situasi itu menjadi punca kepada ketidakupayaan untuk mengukuhkan ringgit di pasaran tukaran mata wang.

“Cara untuk meningkatkan angka tersebut adalah dengan memastikan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung tempatan (DDI) negara berorientasikan modal. Kita masukkan modal-modal digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Tetapi pelaburan sedemikian masih tidak bertumbuh dengan baik, memandangkan kita masih banyak menarik pelaburan FDI dan DDI yang tertumpu kepada buruh kurang mahir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.


Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis

Oleh itu, Zakariah mencadangkan agar bilangan tenaga mahir tempatan terus dipertingkat untuk memenuhi keperluan industri.

Menurutnya, lebih banyak tenaga mahir akan mamacu produktiviti khusus dalam sektor bernilai tinggi.

“Kita perlu pastikan ada buruh berkemahiran tinggi yang ramai. Ini akan menjadikan ekonomi kita mampu capai pendapatan lebih tinggi. Sekiranya kita hendak naikkan produktiviti, kita perlu ada jumlah buruh yang tinggi,” ujarnya.


Agenda AWANI | Ringgit Oh Ringgit! | 27 Feb 2024