KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara mencadangkan supaya lebih banyak pihak dilibatkan dalam memberikan input berkaitan sekuriti makanan dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, beliau berkata ini termasuk kerjasama antara agensi kerajaan, ahli akademik, penyelidik dan pemain industri.
"Satu lagi fokus yang dipersetujui ialah soal makanan haiwan serta bijiran yang menjadi semakin payah serta mahal ekoran konflik Rusia-Ukraine dan untuk ditanam dalam negara, bagaimana ia dapat dilaksanakan.
"Contohnya dalam industri penanaman jagung, siapa boleh terlibat dalam menghasilkan bijirin itu," katanya sambil menambah hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.
Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dikeluarkan susulan mesyuarat itu memaklumkan skop serta tugas utama jawatankuasa berkenaan adalah bagi mencadangkan hala tuju sekuriti makanan, mengemukakan cadangan, mengenal pasti isu dan cabaran dasar, strategi serta pelan tindakan kerajaan untuk menangani isu sekuriti makanan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.