MELAKA: Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.


Ringkasan AI
  • Daerah Jasin terjejas banjir lagi, dengan 275 orang dari 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
  • PPS yang dibuka termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong, SK Merlimau, dan SMK Dato Abdul Rahman Ya'kob.
  • Kesemua PPS mula beroperasi pada pukul 8 dan 9.15 pagi, menempatkan penduduk dari Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya.
  • Banjir berlaku akibat hujan lebat yang turun pada awal pagi hari ini.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua PPS itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong, SK Merlimau dan SMK Dato Abdul Rahman Ya'kob.

"Kesemua PPS itu mula dibuka pada 8 dan 9.15 pagi tadi dengan menempatkan penduduk dari Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya.

"Banjir berlaku susulan hujan lebat pada awal pagi tadi," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA