NIBONG TEBAL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.
Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata kejadian pelepasan air larut resapan itu disedari penduduk petang semalam yang kemudiannya membuat aduan kepada JAS.
Susulan aduan itu, beliau berkata, pihaknya melakukan siasatan di tapak pelupusan sampah tersebut dan menemui kewujudan aliran air berwarna hitam memasuki kawasan paya bakau bersebelahan dan seterusnya ke laut.
"Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa batang paip telah dipasang oleh pihak tertentu bagi tujuan menyalurkan sisa air larut resap (leachate) ke dalam kawasan rizab paya bakau.
“Pelepasan air larut resapan ini kemungkinan dibuat secara sengaja dan dirancang lebih awal kerana batang-batang paip telah dibawa masuk, dipasang dan dikambuskan selepas perbuatan mereka dilaporkan kepada JAS.
“Pihak kita akan mengeluarkan satu Notis Arahan kepada pemilik tapak iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan serta kawalan pencemaran di tapak" katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Sharifah Zakiah, JAS telah membuat pemeriksaan fizikal di tapak termasuk menggunakan dron selain mengambil sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Rakaman percakapan daripada beberapa orang saksi turut diambil, katanya.
"Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Nibong Tebal untuk siasatan pihak polis sama ada terdapat unsur khianat oleh pihak tertentu dalam kejadian ini," katanya.
Sharifah Zakiah berkata, JAS memandang serius isu pencemaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah terbabit memandangkan beberapa insiden kebakaran sebelum ini telah menjejaskan masyarakat sekitar.
Menurutnya, mana-mana premis yang tertakluk di bawah Perintah EIA (laporan penilaian impak alam sekitar) dan didapati gagal mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 boleh dikenakan Arahan Berhenti Kerja.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 21 2022
![JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663770549_pencemaranPulau.jpg)
Kejadian pelepasan air larut resapan itu disedari penduduk petang semalam yang kemudiannya membuat aduan kepada JAS. - Astro AWANI
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Pulau Burung destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan Pulau Burung destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724582219_PulauBurung.jpg)
Pulau Burung destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan
Siapa sangka di sebalik keindahan pantai di Port Dickson tersergam sebuah pulau kecil yang dikenali Pulau Burung yang juga satu daripada hutan paya laut di Negeri Sembilan.
![JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663770549_pencemaranPulau.jpg)
JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung
JAS mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.
![Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653347902_PulauBurung.jpg)
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi
Kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan 200 x 200 kaki persegi.
![Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah mungkin tidak disambung Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah mungkin tidak disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645746129_Kontraksyarikatpe.jpg)
Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah mungkin tidak disambung
Perkara itu telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan pada minggu lalu dan Rabu.
![JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644051754_Tapakpelupusansamp.jpg)
JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung
Kertas siasatan pendakwaan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung fasa 1 di Nibong Tebal, Pulau Pinang sedang dilengkapkan.
![Kebakaran tapak pelupusan sampah: PPS SK Saujana Indah ditutup sepenuhnya Kebakaran tapak pelupusan sampah: PPS SK Saujana Indah ditutup sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644382399_TBPPSSKTUTUP.jpg)
Kebakaran tapak pelupusan sampah: PPS SK Saujana Indah ditutup sepenuhnya
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan penduduk yang terlibat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
![98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan 98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643632974_TBtapakpelupusansam.jpg)
98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan
Operasi pemadaman yang memasuki hari ke-20 hari ini dijangka ditamatkan dalam masa terdekat.
![Minta bantuan pusat padam kebakaran di Pulau Burung - Chant Minta bantuan pusat padam kebakaran di Pulau Burung - Chant](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643317572_TBkebakaran.jpg)
Minta bantuan pusat padam kebakaran di Pulau Burung - Chant
Langkah itu perlu segera diambil supaya dapat membantu memadamkan kebakaran dengan lebih pantas demi keselamatan kesihatan rakyat.
![45 peratus kawasan kebakaran di Pulau Burung belum dipadam - Bomba Pulau Pinang 45 peratus kawasan kebakaran di Pulau Burung belum dipadam - Bomba Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643217015_PulauBurung.jpg)
45 peratus kawasan kebakaran di Pulau Burung belum dipadam - Bomba Pulau Pinang
Kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku pada kira-kira 5 petang pada 12 Jan lepas.
![58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar 58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642688614_NIBONGTEBAL.jpg)
58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar
Ketika ini, hanya kebakaran di sektor empat daripada lima sektor membabitkan keluasan 6.5 hektar telah berjaya dipadam sepenuhnya.