BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 45 peratus daripada kawasan kebakaran membabitkan seluas lebih 11 hektar tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram di Nibong Tebal, masih belum dipadamkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata pihaknya kini mendapatkan bekalan tanah dari pihak berkuasa tempatan untuk menyekat api daripada terus merebak.
"Secara keseluruhannya, keadaan terkawal sekarang dan kita berharap dalam masa terdekat dapat padamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan.
"Malah, kita turut menjangkakan proses memadam kebakaran mengambil masa kurang seminggu bergantung pada perancangan dan bekalan tanah yang kita dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Keluarga Malaysia dan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di sini, pada Rabu.
Katanya, pihak JBPM mendapat bekalan tanah sebanyak 50 lori sehari dan proses tersebut dilihat mampu mengurangkan kadar kebakaran di kawasan berkenaan.
Kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku pada kira-kira 5 petang pada 12 Jan lepas dan penduduk berhampiran telah diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara, manakala 10 sekolah berdekatan diarah tutup.
Pada 22 Jan lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata hasil siasatan semula oleh pihak bomba ke atas tapak pelupusan sampah itu mendapati keluasan kawasan tersebut ialah lebih 33 hektar dengan kira-kira 11 hektar yang terbakar dan kerja-kerja pemadaman api giat dijalankan menggunakan kaedah air serta tambakan tanah.
Sementara itu, Saadon berkata statistik kebakaran, penyelamatan dan khidmat khas 24 jam di Pulau Pinang pada 2021 menunjukkan penurunan berbanding 2020, dari segi jumlah kes, kematian atau kecederaan.
"Kes kebakaran yang melibatkan bangunan, belukar dan lain-lain berkurangan daripada 54 kes pada tahun 2020 kepada 51 kes tahun lepas, manakala kes-kes berkaitan penyelamatan berkurang iaitu daripada 76 kes kepada 59 kes," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku pada kira-kira 5 petang pada 12 Jan lepas. - Bernama
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.

3 terbunuh dalam kebakaran kediaman di Filipina
Kejadian itu yang bermula kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan rumah mangsa dan dua rumah jiran.

Tujuh rumah teres terbakar di Chukai
Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.

22 motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi
Bengkel motosikal termasuk empat buah kedai setingkat jenis kelas B di Kampung Tekah Baru yang terbakar sekitar jam 5.11 pagi tadi.

Kebakaran terbesar dalam tempoh tiga dekad, ribuan penduduk Jepun selamatkan diri
Lebih daripada 1,200 orang kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara, menurut pihak berkuasa.

80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Jumlah awal mangsa yang terjejas adalah seramai 669 orang terdiri daripada 139 keluarga.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.