SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan tiga kontena yang membawa sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) seberat 100 tan metrik di Pelabuhan Barat, Klang, semalam.
Pengarahnya Nor Aziah Jaafar berkata pemeriksaan pihaknya mendapati ketiga-tiga kontena itu mengandungi bahan buangan iaitu perkakasan komputer terpakai berserta wayar yang diimport daripada Amerika Syarikat dan Sepanyol.
"Pemeriksaan turut mendapati pengimport telah mengikrar bahan dagangan sebagai sekerap aluminium bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Notis Arahan di bawah Seksyen 31(1) dan Seksyen 37(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 akan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pengimport untuk memulangkan kontena-kontena itu ke negara asal di bawah prosedur Konvensyen Basel," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, antara prinsip utama Konvensyen Basel ialah buangan berbahaya hendaklah dilupuskan di dalam negara di mana buangan tersebut dihasilkan dan pergerakan buangan berbahaya merentasi sempadan hanya dibenarkan jika diuruskan secara mesra alam serta mendapat persetujuan negara pengimport.
Nor Aziah berkata tahun ini JAS Selangor telah mengeluarkan 18 Notis Arahan kepada syarikat-syarikat pengimport, melibatkan 30 kontena mengandungi sisa elektronik, sisa plastik terpakai, buangan bateri terpakai dan komponen enjin, untuk dipulangkan ke negara asal antaranya Amerika Syarikat, Latvia, Korea Selatan dan Mexico.
"Hasil buangan ini dibawa masuk untuk diproses bagi mendapatkan komponen logam-logam berharga oleh operator haram.
"Apa yang membimbangkan adalah operator yang tidak berlesen dengan JAS ini menggunakan kaedah konvensional serta menyebabkan pencemaran bau dan sungai," katanya.
Beliau berkata JAS Selangor komited untuk membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan bagi mengelakkan negeri ini dijadikan tempat pelupusan buangan negara asing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
![JAS Selangor tahan tiga kontena bawa e-sisa JAS Selangor tahan tiga kontena bawa e-sisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670576145_kontenaJAS.jpg)
Ketiga-tiga kontena itu mengandungi bahan buangan iaitu perkakasan komputer terpakai berserta wayar yang diimport daripada Amerika Syarikat dan Sepanyol. - Gambar/ FB JAS
![PRK Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi saat akhir PRK Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi saat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720163678_kempenPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi saat akhir
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.
![Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720165884_Tesla.jpg)
Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan
Perkara paling menarik perhatian adalah ciri kawalan ibu bapa.
![Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720165197_Italys.jpg)
Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli
Aktiviti gunung berapi di pulau selatan Itali, Stromboli mendorong pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap amaran daripada paras jingga kepada merah iaitu tahap amaran tertinggi pada Khamis.
Penduduk Ecuador berhimpun bantah kenaikan harga bahan api
Ratusan penduduk berarak di Ecuador membantah kenaikan harga bahan api dan cukai pada Khamis.
![PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720163807_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Persiapan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada esok berjalan lancar.
Desentralisasi untuk kemajuan pembangunan negeri
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma menegaskan, dengan memberikan lebih banyak kuasa kepada negeri, mereka dapat merancang dan melaksanakan inisiatif pembangunan yang lebih relevan dan berkesan.
![Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163975_NeoMedicare.jpg)
Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD)
Kira-kira 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat di Malaysia berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Rekod keterangan 3 individu, tidak senonoh terhadap wartawan
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes petugas kempen berkelakukan tidak senonoh terhadap seorang wartawan wanita yang bertugas ketika kempen PRK DUN Sungai Bakap.
[TERKINI] Ketua SPR Indonesia dipecat kerana gangguan seksual
Panel etika mengarahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Hasyim Asy'ari, dipecat daripada jawatan mengenai dakwaan gangguan seksual.
![Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163349_kilangbiskuthalal.jpg)
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.
![PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719147565_ZakiHarun.jpg)
PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.
![Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717560718_Solehuddin.jpg)
Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Tertuduh, Solehuddin Isa, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
![Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716973434_rasuah.jpg)
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
![Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808366_AminulIzmeerMohdS.jpg)
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
![Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712026285_TBanwraibrahim.jpg)
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.
![Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710898699_TBPadangBesarjp.jpg)
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
![Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699249489_MasyarakatTionghua.jpg)
Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA
Dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun.
![PM Anwar akui kesungguhan Srettha tangani konflik di selatan Thailand PM Anwar akui kesungguhan Srettha tangani konflik di selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701090855_AnwarIbrahimThail.jpg)
PM Anwar akui kesungguhan Srettha tangani konflik di selatan Thailand
Malaysia akan berperanan sebagai fasilitator dalam membantu usaha tersebut.
![Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697721898_JKDM.jpg)
Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka
Usahasama baik ini amat penting bagi menjaga perairan sempadan negara daripada anasir penyeludupan.
![Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693344921_TBkastam.jpg)
Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama
Mereka membincangkan usaha menambah baik prosedur bagi mengukuhkan peraturan, memerangi pelanggaran dan memudahkan proses perdagangan.