IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak kini menunggu laporan sampel air Sungai Kuang, Chemor di sini, yang didakwa telah tercemar akibat najis haiwan, daripada Jabatan Kimia.
Pengarahnya Rosli Zul berkata laporan itu dijangka mengambil masa kira-kira sebulan bagi mengetahui keputusan sampel air yang diambil pada Khamis lepas.
"Bagaimanapun, siasatan awal pegawai JAS yang ke lokasi tersebut mendapati berlaku pencemaran disebabkan najis haiwan dipercayai lembu. Namun pencemaran itu hanya membabitkan alur air sungai yang mengalir ke Sungai Kuang.
"Pada asalnya, Sungai Kuang itu tidak terjejas hanya alur air yang bersambung dengan ladang haiwan terbabit sahaja yang tercemar. Secara kebetulan, ada pengusaha pertanian di situ yang membina empangan penyekat dan menyebabkan aliran di alur air itu perlahan seterusnya menjejaskan sedikit keadaan sungai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Program Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-sisa) yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin di Dewan Komuniti Kampung Ulu Chepor Tambahan pada Sabtu.
Rabu lepas, sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu melaporkan penduduk di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini resah berikutan Sungai Kuang yang menjadi sumber kegunaan harian mereka tercemar akibat najis haiwan.
Penduduk mendakwa sungai itu sudah lama tercemar iaitu sejak tiga tahun lepas yang bukan sahaja mengakibatkan airnya sudah tidak begitu jernih malah berbau busuk sehingga mengganggu penduduk setempat dan keadaan itu menyebabkan mereka tidak lagi menggunakan air sungai untuk mandi serta membasuh pakaian.
Mengulas lanjut, Rosli berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Veterinar Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang berhubung masalah pencemaran sungai itu.
"Dari segi perundangan, JAS hanya boleh menasihati pengusaha ladang supaya tidak menyalurkan najis haiwan ternakan ke alur sungai kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin pula berkata ladang ternakan haiwan itu mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi sejak 30 tahun lepas dan pihaknya bercadang mengarahkan pemiliknya berpindah ke kawasan lebih sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021

Dari segi perundangan, JAS hanya boleh menasihati pengusaha ladang supaya tidak menyalurkan najis haiwan ternakan ke alur sungai kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.