Arahan untuk mendapatkan kebenaran jika orang ramai ingin ke negeri lain ditarik balik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Abdul Hamid berkata, orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.
“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.
“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.
BACA: Permit pengecualian pergerakan antara negeri ditangguh sementara waktu - KPN
“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa malam bagi mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial.
Terdahulu, Abdul Hamid berkata orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.
Katanya, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Isabelle Leong
Tue Mar 17 2020

ABDUL HAMID: Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat. - Gambar fail

3 maut, 14 cedera insiden tembakan di taman awam AS
Mangsa yang terkorban termasuk dua lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Google terpadam data Google Maps Timeline untuk sejumlah pengguna
Pengguna boleh mengembalikan data yang hilang jika mereka pernah aktifkan sokongan salinan pendua.

Lubnan hubungi negara Arab dan lain-lain, desak tekanan terhadap Israel
Tindakan itu "merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik untuk membendung peningkatan ketegangan di selatan Lubnan.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 8,274 orang pagi ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di tiga negeri mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang pagi ini, berbanding 9,218 petang semalam.

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri nafi tarik sokongan, tegaskan kekal bersama Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia-India perkukuh hubungan dagang strategik
Malaysia dan India perkuat kerjasama dalam semikonduktor, tenaga dan pelaburan menerusi misi perdagangan strategik ke New Delhi dan Mumbai.

Bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sahkan bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru, Johor, usaha tanpa henti pasukan teknikal bantu komuniti terjejas banjir.

Era baharu Cklamovski, sekuat mana Harimau Malaya boleh mengaum?
Peter Cklamovski dijangka menerapkan falsafah bola sepak menyerang berintensiti tinggi, yang menjadi identiti pasukannya.
Pelajar buat aksi tak senonoh di perpustakaan universiti
Kes seorang pelajar universiti swasta yang melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan, yang tular di media sosial sedang dalam siasatan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
AWANI Ringkas: Perompak kedai emas ditahan dalam tempoh 12 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis
Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Rancang perjalanan melalui aplikasi MyPLUS-TTA
PLUS menyediakan jadual perjalanan digital melalui aplikasi itu bagi memudahkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Trafik di Terengganu dijangka sesak bermula 28 Mac - JPJ
Kesesakan dijangka berlaku di lebuh raya utama dan jalan Persekutuan pada waktu kemuncak iaitu 29 dan 30 Mac.

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Setakat 10.30 pagi, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya PLUS E2 menghala selatan, PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!

Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.

Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.

Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.