Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan air jampi didakwa boleh menyembuhkan penyakit yang dijual secara berleluasa di pasaran.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, produk berkenaan Mungkin tidak berdaftar dengan kementerian kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan air jampi kerana produk berkenaan belum terbukti keberkesanannya.
“Dalam hal begini, saya mengharapkan JAKIM bersama-sama dengan jabatan dan majlis agama islam memantau dan juga mengambil kira kewujudan kelahiran akta yang dilahirkan di parlimen yang lepas untuk supaya mendaftarkan pengamal-pengamal perubatan termasuk yang alternatif yang bukan Islam dan juga termasuk yang Islam supaya pengguna ataupun masyarakat rakyat umum tak ditipu” katanya kepada pemberita
Jamil menambah cara promosi serta label air jampi yang dijual seolah-olah memberi gambaran produk itu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis hari keluarga jualan produk usahawan tani dan barang bekalan ladang kawasan Mada Sungai Limau di Yan.
Astro Awani
Mon Feb 25 2013
![Jangan percaya dengan air jampi Jangan percaya dengan air jampi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61361801267_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Air jampi' tiada kaitan dalam kes kematian Nabihah - Polis 'Air jampi' tiada kaitan dalam kes kematian Nabihah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41517869430_dera.jpg)
'Air jampi' tiada kaitan dalam kes kematian Nabihah - Polis
Sebaliknya, beliau berkata perkara utama dalam siasatan pada masa ini tertumpu kepada punca kematian murid tahun tiga itu.
![Jangan percaya dengan air jampi Jangan percaya dengan air jampi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61361801267_295x200.jpg)
Jangan percaya dengan air jampi
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan air jampi didakwa boleh menyembuhkan penyakit yang dijual secara berleluasa di pasaran.